image4
image4

PIBG SK Dato' Wan Kemara buat ini hingga mampu sumbang van kepada sekolah

webadmin
24 Feb 2021 02:37pm
A
A
A

                      Van sumbangan PIBG untuk kegunaan guru dan murid SK Dato' Wan Kemara.

Sementara itu, Guru Besar SK Dato' Wan Kemara, Mohd Nizam Saidin berkata, beliau berasa bangga dan terharu kerana ia merupakan sekolah pertama di Kedah menerima sumbangan van daripada PIBG.

“Inilah model sarana Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Pelbagai inisiatif boleh diambil bagi mempertingkatkan tahap penguasaan murid secara holistik melalui kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG,” katanya.

                  Mohamad ketika merasmikan van sumbangan PIBG di SK Dato' Wan Kemara.

Menurutnya lagi, kemudahan van sekolah ini diharap dapat membantu pengurusan aktiviti kokurikulum dan kebajikan murid selain menjana sumber kewangan PIBG sekolah.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Mohamad  Abdul Rahim berkata, beliau berterima kasih kepada PIBG SK Dato’ Wan Kemara atas bantuan dan sumbangan dalam membantu merencana dan merancakkan sistem pendidikan dalam Kubang Pasu bersesuaian dengan gagasan PPD Kubang Pasu 'PPD Kubang Pasu Optimis Pendidikan Masa Depan.'

                  Mohd Nizam (kiri) bersama guru di hadapan van sumbangan PIBG sekolah.

Zainol (kiri), Mohamad (dua, kiri) dan Mohd Nizam (dua, kanan) bersama Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu di hadapan van sumbangan PIBG sekolah

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan