pexels-photo-4769486
pexels-photo-4769486

Ponteng kelas PdPR? Ini 6 kesan yang pelajar akan dapat

Roshlawaty Md Raieh
18 Jun 2021 05:27pm
A
A
A

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kini sedang giat dikendalikan secara maya oleh semua pendidik di Malaysia.

Mahir atau tidak, guru-guru dilihat telah berusaha sebaik mungkin dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik.

Namun begitu, masih ada kalangan pelajar yang mengambil pendekatan untuk ponteng kelas ketika PdPR.

Diakui, faktor utama mereka berbuat demikian disebabkan pelbagai masalah seperti capaian internet yang tidak menyeluruh terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar, ketidakcukupan peranti dalam setiap rumah, ketiadaan pemantauan dan sebagainya.

Bagi pelajar yang tidak berhadapan dengan masalah berkenaan tetapi masih bersikap ingin ponteng kelas PdPR, ini kesan yang akan anda dapat.

1) Tertinggal dalam pelajaran

2) Akan mempunyai penyakit malas

3) Pembaziran masa dan tenaga

4) Masa depan tidak terjamin

5) Permulaan kepada gejala-gejala yang tidak sihat

6) Kemerosotan prestasi akademik

Justeru, adik-adik yang tiada masalah untuk mengikuti kelas secara online, dinasihatkan supaya tidak ponteng kelas kerana memberi banyak kesan buruk.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pelaksanaan PdPR disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai depan.

Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan