249501949_1534143010268637_2880317792455142058_n (1)
249501949_1534143010268637_2880317792455142058_n (1)

PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

Mohd Khairi Mohamad Yusri
29 Oct 2021 04:21pm
A
A
A

PETALING JAYA - Pendakwah bebas, PU Riz kini berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sri Petaling sejak beberapa minggu lepas berdasarkan beberapa hantarannya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Menurut laporan sebuah portal tempatan, PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang berperanan sebagai guru sementara di sekolah berkenaan mengakui gembira dan bersyukur dapat menjalankan tanggungjawab murni tersebut.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada. Saya menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikannya. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Suami kepada selebriti Neelofa itu menyampaikan sumbangan lima projektor LCD bernilai RM15,000 dari LUMOS Malaysia untuk kegunaan pelajar Tingkatan Lima sekolah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya merasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” ujarnya.

Sumber: kosmo

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan