1257739
1257739

Radzi ambil kesempatan ziarah guru sempena Deepavali

Mohd Khairi Mohamad Yusri
08 Nov 2021 11:02am
A
A
A

Sempena sambutan Hari Deepavali semalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan isteri, Balkis Zakaria mengambil kesempatan mengunjungi rumah beberapa orang guru di sekitar Putrajaya dan Seremban.

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Facebook miliknya, beliau berkata, sempena kunjungan itu, mereka berkongsi cerita mengenai sambutan Deepavali yang dilihat lebih meriah pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya setelah keadaan negara semakin pulih daripada kemelut pandemik Covid-19.

Tambahnya, salah seorang guru yang akan bersara pada tahun hadapan turut menceritakan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberikan satu pengalaman baharu dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Ikuti perkongsian penuh yang dibuat oleh Radzi mengenai kunjungan ke rumah beberapa orang guru sempena Deepavali, di bawah ini.

*****

Sempena sambutan Deepavali pada hari ini, saya dan isteri mengambil kesempatan berkunjung ke rumah beberapa orang guru.

Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah Cikgu Yamunarani di Putrajaya. Cikgu Yamunarani ialah guru Bahasa Inggeris di SMK Putrajaya Presint 18(1). Beliau yang akan bersara tahun hadapan menceritakan bagaimana pelaksanaan PdPR memberikan satu pengalaman baru dalam kerjaya sebagai seorang guru.

Dari Putrajaya terus ke Bandar Sri Sendayan, Seremban bagi mengunjungi Cikgu Krishna Kumar dan isteri, Cikgu Bawani. Cikgu Krishna ialah guru di Sungai Salak, Lukut manakala Cikgu Bawani mengajar di SJK(T) Ladang Shanghai.

Kemudian, kami ke rumah Cikgu Saravanan, guru di sekolah SJK(T) Convent yang tinggal di Seremban 2, Negeri Sembilan. Rumah terakhir yang dikunjungi ialah rumah Cikgu Mahendran yang terletak di Seremban. Cikgu Mahendran mengajar di SJK(T) Ladang Senawang.

Mereka berkongsi cerita bagaimana sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya setelah keadaan negara semakin pulih daripada kemelut pandemik COVID-19.

Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kehadiran saya dan isteri sebentar tadi.

Selamat Hari Deepavali kepada semua guru yang meraikannya.

"H" dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA merujuk kepada "harmoni". Kehidupan yang penuh keharmonian akan dapat membentuk negara yang teguh dan berdaya maju di bawah semangat #KeluargaMalaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan