
Selamat datang Menteri Kanan Pendidikan baharu, ini biodatanya
SELAMAT datang Menteri Kanan Pendidikan yang baharu. Semoga sentiasa berusaha memperjuangkan nasib pelajar dan guru.
Di sini kami kongsikan sedikit biodata Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Menurut Wikipedia, YB Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin adalah merupakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dilantik pada 2 Julai 2018 lalu.
Sebelum terlibat dalam politik, beliau adalah pensyarah di bidang perakaunan di Universiti Tasmania, Hobart di Australia.
Sebelum meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan kepada gerak kerja Pilihanraya Umum Ke-14, Dr Radzi merupakan seorang pensyarah dan penyelidik dalam bidang perkaunan, pengauditan dan perakaunan forensik di University of Tasmania.
Sebelum itu beliau berkhidmat di dua buah universiti terkemuka dunia, iaitu University of New South Wales (UNSW) dan The Australian National University.
Ketiga-tiga universiti tersebut terletak di Australia. Beliau merupakan seorang Akauntan Bertauliah dan merupakan ahli CPA (Certified Practicing Accountants) Australia.
BIODATA
Isteri: Balkis Syeikh Zakaria
Bapa : Md Jidin Wahab (Bekas Guru Besar SK Desa Pahlawan)
lbu : Zarina Mohd lshak
Kelayakan Akademik dan Professional
• Akauntan Bertauliah - Ahli CPA Australia • Doktor Falsafah (PhD) Pengauditan - The Australian National University (ANU), Canberra, Australia
• Sarjana Pentadbiran Perniagaan - Universiti Utara Malaysia
• ljazah Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) - La Trobe University, Melbourne, Australia
• Maktab Tentera DiRaja
• SMK Ketereh
• SK Seri Ketereh
Pengalaman Sebagai Ahli Akademik
• University of Tasmania, Hobart, Australia (2016 - 2018)
• UNSW Sydney, Australia (2009 - 2016)
• The Australian National University, Canberra, Australia (2002 - 2009)
Pengalaman Dalam Parti Dan Pertubuhan
• Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Ketereh
• Pengerusi Badan Perhubungan Kelab UMNO Australia dan New Zealand
• Timbalan Presiden (sebelumnya bendahari), Persatuan Melayu Islam Australia New South Wales (IMAAN), Sydney, Australia
• Juruaudit Kehormat Persatuan Keluarga Muslim Malaysia Canberra ACT
• Pengerusi Pengasas Kelab UMNO ACT, Canberra Australia
• Pengerusi Pengasas Persatuan PeIajar Melayu Canberra, Australia
• Presiden Persatuan Pelajar Malaysia, La Trobe University, Australia
Anugerah Akademik Dan Profesional
• Kertas penyelidikan terbaik Asia Pacific Conference on International Accounting Issues (Bali 2013 dan Beijing 2011)
• Certificate of Merit, CPA Australia (2008 dan 2007)
• Biasiswa Harvard Business School Alumni Club of Malaysia (2002)
• Sijil Kecemerlangan, Golden Key National Honour Society, Golden Key International (1998)
• Sijil Kecemerlangan Akademik, Faculty of Law and Management, La Trobe University (1997)
Artikel berkaitan:
Menteri Pendidikan yang baharu perlu ambil berat LIMA perkara ini
Guru perlu mempunyai jiwa dan minda pendidik, jalankan tugas dengan amanah
Tip Penting:
'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR
Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam
Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah
Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok