Semangat guru, Cikgu Ruhaizan guna wang gaji hias bilik darjah
Semangat guru, Cikgu Ruhaizan guna wang gaji hias bilik darjah

Semangat guru, Cikgu Ruhaizan guna wang gaji hias bilik darjah

Adlan Farhan Azwan
30 Dec 2020 03:10am
A
A
A

Menjadi pendidik ini bukan hanya sekadar mengajar, menulis dan mengira sahaja, tetapi ada perkara lain yang turut diberi perhatian oleh guru-guru tersebut.

Bagi Cikgu Ruhaizan Hussin, dari Sekolah Kebangsaan Kenering, Gerik Perak, mencantikkan kelas adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan olehnya.

“Bila kelas cantik, saya pasti anak-anak didik akan seronok belajar. Justeru, saya sanggup meluangkan masa dan membelanjakan sebahagian wang gaji dalam memastikan kelas 3 Akasia sentiasa cantik dan menarik,” katanya.

Terdahulu, Cikgu Ruhaizan merupakan seorang guru yang telah berkhidmat di SK Basia Lama dan baru sahaja berpindah ke SK Kenering beberapa bulan yang lalu.

Menurut Cikgu Ruhaizan, kelas yang cantik adalah keselesaan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Malah, guru-guru juga akan kembali bersemangat apabila melangkah masuk ke dalam kelas nanti.

Berkongsi cerita berkenaan kelas yang dihias olehnya bersama anak didik sebelum PKPB bermula, ini katanya.

"Saya masih ingat, pada 16 September lalu, saya datang ke sekolah untuk menghias kelas.

“Walaupun ketika itu cuti umum, tetapi saya tidak kisah asalkan kelas yang saya jaga ini berada dalam keadaan cantik, bersih dan menarik,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap soal kerisauan tentang kelas yang dihias cantik itu mungkin terdedah kepada risiko vandalisme dan sikap ‘gatal tangan’ murid-murid, Cikgu Ruhaizan berkata, hal seperti itu tidak pernah berlaku di kelas yang dijaganya.

Cuma, guru ini berhadapan kerisauan apabila hujan lebat melanda di kawasan itu.

“Bila hujan lebat, risikonya memang tinggi kerana akan membuatkan sekolah dilanda banjir lantaran berada di kawasan rendah.

“Sekolah kami ibarat berumah di tepian pantai. Bila-bila masa mampu dilanda badai. Kesannya, dekat murid-murid dan saya sendiri apabila kelas yang dihias cantik sebelum ini dan pernah memenangi anugerah tiba-tiba musnah sekelip mata,” katanya.

Walaupun berdepan pengalaman pahit apabila kelasnya pernah dilanda banjir sebelum ini, namun ada seperkara lagi yang membuatkan Cikgu Ruhaizan gembira.

“Kelas 3 Akasia pernah diangkat sebagai johan kategori kelas cantik sempena Bulan Kebangsaan yang lalu.

“Kelas ini mengalahkan 14 buah kelas yang lain dan ini adalah satu kenangan yang pasti tidak akan dilupakan oleh saya,” ujarnya tersenyum.

Artikel berkaitan

Sekeping nota kecil ditampal di pintu stor sekolah, khas untuk tukang kebun. Ramai sebak dan terharu

Takwim Penggal Persekolahan 2021 KPM. Mohon semua peka dengan tarikh-tarikh penting ini!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan