810786
810786

Semangat patriotisme Generasi Z masih utuh, sanggup pertahankan negara apabila diuji

Mohd Khairi Mohamad Yusri
03 Sep 2021 10:39am
A
A
A

Mempelajari asal usul negara kita merupakan sesuatu yang amat penting untuk membentuk senangat patriotisme, selain itu ia juga penting dalam pembinaan jati diri generasi muda kini.

Namun apakah dengan hanya mempelajari sejarah cukup untuk membina sebuah negara yang maju? Adakah mempelajari sejarah negara asing juga adalah tidak sepatutnya berlaku?

Bagi Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Maisura Ali, beliau berpendapat perspektif segelintir masyarakat yang mempersoalkan pelajaran tentang mempelajari sejarah negara luar akan menyebabkan negara kita menjadi mundur adalah tidak benar.

“Ini kerana kita mempunyai banyak dasar yang berkaitan dengan negara-negara luar seperti dasar pandang ke timur dan banyak lagi, di mana semua perkara ini pastinya berkaitan dengan sejarah negara-negara tersebut,” ujarnya.

Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Sejarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Maisura Ali

Tambahnya lagi, dengan mempelajari sejarah, masyarakat kita mampu membuat hubung kait serta mencari cara untuk memperbaiki masalah politik, ekonomi dan sosial yang mungkin berlaku pada ketika ini.

“Selain itu, kita boleh juga mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku di negara-negara luar, saya tidak katakan kita perlu mencontohi 100%, tapi ambil apa yang positif sahaja, seperti cara mereka membangunkan ekonomi dan sebagainya.

“Kita juga boleh menjadikan sejarah negara luar untuk dijadikan sebagai pedoman supaya kita boleh setanding dengan mereka.

gambar hiasan

“Mempelajari sejarah negara-negara luar juga dapat memberi manfaat kepada kita seperti lebih menghayati erti kemerdekaan negara kita,” katanya.

Menyentuh mengenai persoalan tentang kecintaan generasi baru terhadap negara. Maisura menegaskan golongan muda ini masih lagi mempunyai perasaan yang kuat terhadap negara.

“Kita sendiri boleh lihat apa yang berlaku di Twitter, apabila ada apa-apa isu yang melibatkan negara kita, ramai anak muda dari generasi Z yang bersuara.

“Dari situ kita boleh simpulkan bahawa jati diri serta perasaan cintakan negara generasi muda masa kini adalah sangat sangat kuat.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Apabila ada isu-isu yang melibatkan sejarah, mereka akan cuba mengambil tahu dan membaca sejarah bagi menguatkan hujah mereka, semua ini adalah bukti kecintaan mereka terhadap negara masih lagi tebal” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai subjek sejarah yang kini menjadi mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM, beliau menyifatkan perkara ini akan menyebabkan pelajar terpaks untuk mempelajari sejarah.

“Tapi ini adalah sesuatu yang bagus sebenarnya, kerana untuk belajar, kadang-kadang ia perlu dipaksa terlebih dahulu, barulah wujud rasa cinta terhadap mata pelajaran tersebut,” katanya dalam program temu bual Bual Bestari baru-baru ini.

Untuk menonton penuh perbincangan mengenai topik sejarah ini boleh ke FB GPSBestari atau YouTube GPSBestari.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan