WhatsApp Image 2021-07-12 at 4.14.10 PM (3)
WhatsApp Image 2021-07-12 at 4.14.10 PM (3)

Semua graduan layak memohon sebagai pendidik atau sebaliknya

A
A
A

Keadaan ekonomi negara yang kian genting telah menyebabkan proses mencari kerja bertambah sukar terutama bagi penuntut lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Namun, pengumuman pengambilan guru ‘One-Off’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini, seolah-olah memberi sinar harapan kepada semua graduan di Malaysia.

Peluang yang dibuka ini sedikit sebanyak mencetuskan kegembiraan kepada semua pihak untuk mencuba nasib sebagai pendidik.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pengambilan Profesionalisme, Ahmad Rafee Che Kassim, bagi memenuhi kelayakan sebagai guru, para graduan perlu mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sarjana muda guru dan pendidikan atau sarjana muda umum yang mempunyai diploma pendidikan.

“Golongan yang mempunyai ikhtisas pendidikan adalah keutamaan kami bagi membekalkan guru yang berkualiti dalam usaha mendidik generasi muda,” ujarnya.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Biarpun permohonan ini dibuka kepada semua, namun para pelajar yang telah dilatih menjadi guru adalah keutamaan bagi mengekalkan kualiti guru yang berkemahiran dan cekap dalam menjalankan tugas-tugas mendidik.

“Tidak dinafikan, terdapat bidang-bidang dan mata pelajaran tertentu yang memberi peluang kepada graduan ikhtisas bukan pendidikan untuk memohon dan sekiranya berjaya, mereka akan diarahkan untuk mengikuti latihan perguruan bagi memperoleh kelayakan sebagai seorang pendidik,” jelasnya lagi.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Berhubung kenyataan itu, beliau menegaskan graduan bidang pendidikan dan bukan pendidikan layak memohon namun kelayakan itu akan ditapis semula bagi menjamin keberkesanan pendidikan di negara ini.

Ini kerana, pengambilan guru One-Off ini adalah satu pelan pemulihan dalam sektor pendidikan memandangkan status pendidikan negara hari ini berada di tahap membimbangkan.

Oleh itu, seorang graduan yang benar-benar ingin menjadi seorang guru, perlu memastikan diri bersedia menggalas tugas dan amanah sebagai pendidik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang demi kemajuan negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan