WhatsApp Image 2021-07-27 at 12.15.15 PM
WhatsApp Image 2021-07-27 at 12.15.15 PM

Sengaja ponteng PdPR, ia satu amalan tidak sihat

A
A
A

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bukan alasan untuk para pelajar tidak mengikuti Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sejak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pembelajaran secara dalam talian, ada segelintir pelajar sengaja mengambil peluang untuk tidak mengikuti kelas yang dijalankan.

Sifat malas yang menguasai diri, bukanlah satu amalan sihat kerana tanpa sedar mereka sedang menempah kegagalan masa depan.

Susulan isu ini, guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perwira Jaya Muadzam Shah, Pahang, Cikgu Ropizam San, mengatakan setiap pelajar bertanggungjawab mencorak kehidupan yang lebih baik bermula dari sekarang.

“Para pelajar mestilah memikirkan visi dengan melakukan perancangan yang baik untuk menjamin masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, perancangan masa depan yang baik mestilah disertai dengan tiga elemen penting iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan pembawaan diri yang positif.

Biarpun tidak dapat menyertai PdPR sepenuhnya disebabkan kekangan tertentu, namun setiap pelajar mestilah sentiasa memanfaatkan peluang dan ruang untuk tetap mengikuti proses pembelajaran yang berlangsung.

“Jika seseorang sengaja untuk tidak menyertai PdPR tanpa sebarang kesusahan dan kepayahan, maka pelajar-pelajar ini sedang mencipta kegagalan dalam hidup mereka,” ujarnya lagi.

Demikian, konteks sengaja meninggalkan ilmu dan sengaja meletakkan diri dalam kebinasaan adalah satu perancangan untuk gagal di mana mereka enggan menggunakan kelebihan serta peluang yang ada untuk menimba ilmu dengan secukupnya.

Oleh itu, setiap pelajar perlu berfikiran lebih matang dalam merancang masa depan yang gemilang dengan melakukan persediaan yang rapi dari segi fardu ain dan fardu kifayah.

“Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi umat Islam kerana ilmu akan membahagiakan diri seseorang sekali gus menjadi panduan hala tuju masa depan yang cerah,” tambahnya di akhir perkongsian.

Sumber: Youtube Cikgu Ropizam

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan