Seronok mempelajari bahasa ketiga, ini 5 kepentingannya kepada para pelajar
Pada masa kini, jika dapat mempelajari lebih daripada satu bahasa adalah lebih baik. Ini adalah kerana ia boleh menjadi tambah nilai terhadap seseorang itu.
Lagipun banyak faedah yang boleh diperolehi jika seseorang itu dapat mempelajari dan menguasai bahasa ketiga.
Untuk pelajar IPT, bahasa ketiga juga telah menjadi subjek pilihan yang ditawarkan di universiti.
Baca Bahasa Arab perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya
Baca Jika mempelajari bahasa sangat mudah bagi kanak-kanak, mengapa ia semakin susah ketika dewasa?
Untuk entri kali ini, GPSBestari ingin berkongsi 5 kepentingan mempelajari bahasa ketiga.
1. Membina rangkaian profesional
Salah satu manfaat mempelajari bahasa ketiga ketika di universiti adalah anda boleh menambah kenalan berbilang bangsa tidak kira dalam dunia maya atau realiti.
Dengan menguasai bahasa baru, pelajar boleh menambah kawan baru dan melalui dari situ, mereka pasti akan terkejut jika pelajar mampu berdialog dalam bahasa ibunda mereka.
Contohnya, ramai penuntut universiti dari luar negara menyambung pelajaran mereka di Malaysia, dari situ pelajar tempatan boleh berkomunikasi dengan mereka.
2. Keperluan multilingualisme
Dalam misi ingin menjadi yang terunggul di mata dunia, pihak universiti tempatan kini menawarkan subjek bahasa ketiga.
Jika pelajar mampu menguasai kepelbagaian bahasa ini maka mereka mampu mengikuti perkembangan dunia yang semakin pesat hari ini kerana pelajar yang hanya boleh bercakap satu bahasa sahaja dianggap ketinggalan zaman dalam peralihan kita menuju negara bersepadu.
3. Pelajar universiti lebih bijak
Umumnya, beruntung bagi penuntut universiti yang mempelajari bahasa ketiga kerana mereka akan menjadi lebih bijak sebab otak dilatih untuk menyelesaikan masalah.
Selain itu, mempelajari bahasa ketiga boleh membentuk pemikiran kritis dalam kalangan penuntut universiti untuk membuat keputusan lebih baik ketika membuat tugasan berkumpulan yang melibatkan pelajar berbilang bangsa.
Kajian Akademi Neurolgi Amerika (AAN) menunjukkan bahawa menguasai lebih daripada satu bahasa boleh meningkatkan jumlah laluan saraf dalam otak yang membantu pelajar untuk meningkatkan perkembangan otak.
Hasilnya, pelajar universiti juga dapat mengelakkan diri daripada penyakit Alzheimer kerana laluan saraf dalam otak lebih banyak dan pelbagai.
4. Bahasa ketiga boleh menjadikan pelajar lebih kreatif
Kebiasaannya, mereka yang boleh menguasai kepelbagaian bahasa ini akan menjadi lebih kreatif ketika menulis karangan dan ketika menyertai acara debat atau pidato.
Silap hari bulan, pelajar boleh menjadi pakar bahasa asing jika mereka mempelajarinya dengan lebih mendalam.
5. Membina keyakinan diri
Penguasaan bahasa ketiga boleh meningkatkan keyakinan diri ketika berdepan dengan orang asing dan ketika membuat pembentangan dalam kelas.
Jika pelajar seorang yang pemalu, boleh mulakan berkomunikasi menggunakan bahasa ketiga dengan rakan sekelas.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Bak kata pepatah, tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina kerana mencari ilmu itu satu tuntutan dalam agama dan mempelajari bahasa ketiga juga merupakan ilmu pengetahuan.
Semoga perkongsian ini boleh menggalakkan pelajar untuk mengambil bahasa ketiga sama ada di universiti atau belajar sendiri di mana-mana pusat bahasa.