laura-chouette-lYFWRIwOj9c-unsplash (1)
laura-chouette-lYFWRIwOj9c-unsplash (1)

Singkatan yang sering digunakan oleh remaja yang perlu ibu bapa tahu

Mohd Khairi Mohamad Yusri
04 Oct 2021 06:39pm
A
A
A

Pernah atau tidak, apabila terbaca mesej anak-anak di aplikasi Whatsapp, anda tidak dapat mengenal pasti apakah perkataan yang mereka gunakan. Kebanyakan mesej mereka kelihatan seperti bahasa asing.

Ibu bapa mungkin berpendapat anak-anak memang telah menguasai bahasa asing tanpa sedar sebenarnya perkataan itu hanyalah sekadar bahasa singkatan yang sering digunakan oleh pengguna internet.

Perkataan-perkataan singkatan tersebut adalah sebuah akronim yang dibentuk dengan mengambil huruf pertama perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Singkatan dibuat dengan membuang huruf daripada kata-kata.

Beberapa akronim dan singkatan yang paling biasa digunakan di internet adalah lol (ketawa terbahak-bahak), idk (saya tidak tahu), dan brb (segera kembali).

Berikut adalah beberapa istilah harian yang paling biasa.

LOL ketawa terbahak-bahak (laugh(ing) out loud)

BRB segera kembali (be right back)

IDK Saya tidak tahu

NM tidak banyak atau tidak kisah (not much or never mind)

GTG saya perlu pergi (got to go)

IMO pada pendapat saya (in my opinion)

WTF APA?! (what the f*ck)

IIRC sekiranya saya ingat dengan betul (if I recall correctly)

IANAL Saya bukan peguam (I am not a lawyer)

ROFL bergolek di lantai sambil ketawa (rolling on the floor laughing)

OMG Ya Tuhan… (oh my God)

AFK jauh dari papan kekunci (away from keyboard)

RTFM Tolonglah baca manual (read the freaking manual)

GG permainan yang baik (good game)

TTYL Kita bersembang nanti ya (talk to you later)

BFF kawan baik selamanya (best friend forever)

LMAO Ketawa Besar (laughing my a** off)

BTW Sementara itu (by the way)

Walaupun kebanyakan mereka hanya menggunakan bahasa ini untuk menjimatkan masa mereka untuk menulis, tetapi ada beberapa istilah yang wajib ibu bapa ambil tahu. Berikut adalah senarai beberapa tanda amaran yang mesti diketahui oleh semua ibu bapa:

ASL Umur / jantina / lokasi (Age / Sex / Location)

BF/GF teman lelaki / teman wanita (boyfriend / girlfriend)

CD9 kod 9, kod rahsia yang bermaksud ibu bapa ada berdekatan

GNOC berbogel di kamera (get naked on cam)

LMIRL jom berjumpa di kehidupan sebenar (let's meet in real life)

P911 ibu bapa sedang memerhati (parents watching)

PAW or PRW ibu bapa sedang memerhati (parents are watching)

PIR ibu bapa di bilik (parents in room)

POS ibu bapa ada di belakang (parents over shoulder)

TDTM talk dirty to me

Sebilangan besar istilah ini mungkin kelihatan menakutkan, namun tidak semua remaja menggunakan akronim ini untuk tujuan yang tidak baik.

Meskipun begitu, ibu bapa tetap perlu berjaga-jaga agar anak-anak tidak terjerumus dalam satu perkara yang akan dikesali di kemudian hari.

Sumber: education.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan