Siswazah OKU penglihatan raih segulung ijazah penglihatan perkataan kecil ums universiti malaysia sabah cadang sambung diploma perguruan
Siswazah OKU penglihatan raih segulung ijazah penglihatan perkataan kecil ums universiti malaysia sabah cadang sambung diploma perguruan

Siswazah OKU penglihatan raih segulung ijazah, cadang sambung diploma perguruan

Rasyidah Zulkifi
09 Apr 2022 11:32am
A
A
A

Meskipun bergelar orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, namun itu tidak menjadi penghalang kepada siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sejarah), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Asmarina Umar, 25, untuk melengkapkan pengajiannya.

Mengakui terpaksa berdepan dengan kesukaran kerana tidak dapat melihat perkataan-perkataan kecil ketika kelas dijalankan.

Baca juga

“Pihak universiti sentiasa menjaga kebajikan orang seperti saya”, graduan OKU penglihatan mata luah rasa bersyukur belajar di UPM

Perkasa warga OKU di universiti, UiTM jalin kerjasama dengan Perkeso

“Saya berterima kasih kepada para pensyarah yang sentiasa bertimbang rasa dengan menyediakan bahan pembelajaran menggunakan tulisan yang besar supaya senang untuk saya belajar.

“Saya juga mengambil inspirasi daripada golongan OKU penglihatan seperti saya yang telah mengecapi kejayaan.

“Saya selalu menetapkan minda, jika mereka boleh, saya pun pasti boleh berjaya,” katanya pada Majlis Konvokesyen UMS ke-22, baru-baru ini.

Asmarina bercadang untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI).

Tujuan beliau menyambung DPLI adalah bagi merealisasikan impian menjadi seorang guru dan itu merupakan prasyarat yang dikenakan.

Asmarina juga memaklumkan bahawa pihak UMS sentiasa menitikberatkan kebajikan pelajar OKU dengan memenuhi keperluan mereka untuk kelangsungan hidup di kampus.

“Universiti melalui Pusat Pengurusan Orang Kurang Upaya (PPOKU) membantu dalam pelbagai perkara termasuk pengangkutan dan penempatan bilik yang bersesuaian di kolej kediaman.

“Pusat ini juga sentiasa berhubungan dengan kami untuk bertanya khabar dan memastikan kami semua sentiasa dalam keadaan yang baik,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Beliau menasihatkan kepada pelajar OKU agar menganggap kekurangan itu sebagai keistimewaan pada diri dan tidak menjadikannya sebagai satu masalah.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan