pdrm Suka bermain mercun Ini penjelasan yang pelajar wajib tahu
pdrm Suka bermain mercun Ini penjelasan yang pelajar wajib tahu

Suka bermain mercun? Ini penjelasan yang pelajar wajib tahu

Rasyidah Zulkifi
27 Apr 2022 06:27am
A
A
A

Budaya bermain mercun dalam kalangan pelajar sekolah semakin menular setiap kali menjelang hari raya.

Mutakhir ini, banyak juga berita kemalangan dilaporkan akibat permainan berbahaya itu kerana kita sudah berada di minggu akhir bulan Ramadan.

Baca juga

Alumni MRSM jadi Pegawai Wanita TLDM pertama miliki kepakaran dalam bidang peluru dan letupan, mengagumkan!

Murid Tahun 6 parah muka dan dada, akui serik main mercun buatan sendiri

Ada pelajar yang membelinya di kedai dan ada juga menghasilkannya sendiri dari bahan api.

Umumnya permainan bahan letupan berkuasa rendah itu dilarang dalam Islam dan hukum bermain dengannya adalah haram.

Sinar Bestari kongsikan sebab-sebab pelajar perlu jauhi dari bermain mercun.

1) Hormat jiran tetangga

Budaya bermain mercun dapat mengekalkan rasa hormat terhadap jiran tetangga di kawasan perumahan.

Kadang-kala dengan bermain mercun akan mengganggu jiran tetangga yang sepatutnya kita hormati hak dan privasi mereka.

Tambahan lagi, apabila ia dimainkan pada waktu malam ketika orang sedang berehat dan tidur nyenyak.

2) Menyebabkan pencemaran bunyi

Bermain mercun akan menghasilkan bunyi bising yang semestinya mengganggu pendengaran orang sekeliling.

Sebahagian orang akan tersentak, terkejut dan terperanjat disebabkan oleh dentuman tersebut.

Begitu juga imam dan makmum yang sedang bersembahyang di masjid boleh jadi tersasul akibat bunyi yang kuat itu.

3) Mercun berbahaya

Islam melarang umatnya membahayakan diri dengan mendekati ke arah kebinasaan seperti bermain mercun.

Bermain bahan letupan berkuasa rendah ini juga membahayakan jiran tetangga dan kerosakan.

Selain itu, ia turut menyebabkan kerosakan harta benda jika disambar api yang boleh mendatangkan kebakaran.

4) Berlaku banyak pembaziran

Membeli mercun ibarat selangkah membakar duit sendiri yang memberi maksud pembaziran wang akan berlaku.

Melaburkan wang dengan mercun bukan sahaja memudaratkan, malah tidak memberi manfaat langsung.

Pelajar boleh simpan duit tersebut di dalam tabung untuk kegunaan ketika waktu kecemasan.

5) Menyukarkan ramai orang

Peringkat permulaan mungkin akan menyeronokkan namun apabila kemalangan berlaku, maka orang sekeliling akan susah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ia juga mendatangkan kecederaan dan merosakkan harta benda sekiranya bahan letupan itu bertindak di luar kawalan.

Pelajar berkemungkinan perlu membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang berlaku kepada pemilik.

Semoga bermanfaat!

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan