image1
image1

Sumbangan PIBG: SJKT dapat bantuan dermawan dan wakil rakyat - YDP buka cerita

webadmin
24 Feb 2021 02:03pm
A
A
A

PIBG SJKT Tampin sentiasa bekerjasama dengan LPS demi perlaksanaan program buat murid sekolah.

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) juga tidak terkecuali berhadapan masalah kewangan terutamanya bagi SJKT yang mengalami situasi kekurangan murid.

Yang Dipertua (YDP) PIBG SJKT Tampin, S Seladoray berkata, daripada 287 murid di sekolah itu, masih terdapat 15 murid belum beri sumbangan kepada PIBG.

“Macam kita di SJKT Tampin ini sumbangan PIBG setahun RM50. Kita ada 287 murid. Hanya ada 15 murid sahaja lagi tak bayar,” katanya.

Namun akui Seladoray, PIBG SJKT Tampin bernasib baik apabila mendapat bantuan beberapa dermawan.

“SJKT Tampin ini ada kelebihan kerana terletak di kawasan tumpuan di Tampin. Ramai dermawan mahu bantu. Jika ada murid betul-betul susah, kita boleh bagi nama pada wakil rakyat setempat dan yuran sumbangan PIBG akan dijelaskan.

“Kalau tidak wakil rakyat setempat, ada ramai dermawan termasuk Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) yang boleh menyumbang,” katanya.

Jelas Seladoray, sama seperti kebanyakan PIBG sekolah lain, peranan PIBG di SJKT Tampin tertumpu kepada menjaga kedatangan murid ke sekolah, hal ehwal guru dan memastikan program seminar kecemerlangan buat murid dapat dilaksanakan dari tahun ke tahun.

Ini pula perkongsian YDN PIBG SJKC bagaimana beliau mencari dana dan sikap ibu bapa murid yang banyak membantu.

Berita penuh boleh dibaca melalui link ini https://www.gpsbestari.com/aktiviti/pibg/kita-tak-paksa-tapi-ibu-bapa-tak-kedekut-ydp-sjkc-ini-kongsi-cara-cari-dana-1.921927

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan