WhatsApp Image 2021-06-17 at 6.46.09 PM (1)
WhatsApp Image 2021-06-17 at 6.46.09 PM (1)

Tabung Solidariti Siswa 4 Palestin sasar kutipan RM10 ribu

webadminwebadmin
17 Jun 2021 07:37pm

TANJONG MALIM – Persatuan Pendidikan Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan kutipan RM10,000 bagi Tabung Solidariti Siswa 4 Palestin: RM 1 For Ummah, yang dilancarkan baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, untuk menjayakan misi itu, kempen dua minggu digerakkan melalui kolaborasi strategik bersama badan bukan kerajaan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

“Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat solidariti dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi seluruh negara untuk sama-sama membantu saudara sesama Islam di Palestin.

“Pada masa yang sama kutipan dana ini akan digunakan untuk misi bantuan kemanusiaan di sana

“Tabung ini haruslah dilaksanakan secara berterusan bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan di Palestin,” ujarnya.

Kempen yang berlangsung selama dua minggu itu bermula 4 Jun lalu hingga 18 Jun 2021 ini telah dirasmikan secara dalam talian dan turut disertai 21 buah persatuan pelajar Islam daripada 12 universiti awam di Malaysia.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 564810507826.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan