7617d4ee-3d0c-4197-bf54-e2640a0a8982
7617d4ee-3d0c-4197-bf54-e2640a0a8982

Tatty Hassan tawar bantuan untuk pelajar kurang berkemampuan

A
A
A

Kehidupan dalam norma baharu yang telah berlarutan sejak tahun lalu akibat penularan virus Covid-19 ini telah memaksa para pelajar untuk belajar secara dalam talian di rumah.

Sudah pasti pembelajaran secara dalam talian ini memerlukan kelengkapan asas seperti gajet (telefon bimbit atau komputer riba) data internet, buku, meja dan sebagainya untuk memudahkan mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR).

Tuntutan ini mungkin tidak menjadi masalah bagi pelajar-pelajar dalam golongan yang berkemampuan.

Namun perkara ini mencetuskan dilema bagi mereka yang dalam golongan kurang berkemampuan.

Bagi golongan ini, mereka menghadapi masalah untuk mengikuti kelas secara dalam talian bersama rakan-rakan lain sama ada tidak mempunyai telefon bimbit atau komputer riba atau tidak mempunyai kemudahan internet.

Memahami permasalahan ini, seorang pengguna Twitter yang juga merupakan ‘Insta Famous’, Tatty Hassan telah menawarkan bantuan peralatan asas untuk segelintir pelajar yang mengalami kesukaran untuk belajar.

Baru-baru ini, Tatty dalam satu kenyataannya meminta mana-mana pelajar yang tidak mempunyai kelengkapan asas seperti fon kepala, buku, meja, topup (untuk internet) dan lain-lain segera menghubunginya.

Pastinya tawaran itu telah menggembiran orang ramai khususnya para pelajar yang kurang bernasib baik.

Dalam usaha memastikan bantuan tersebut lancar untuk diagihkan, Tatty telah menyediakan pautan ‘Google Form’ di akaun Twitternya.

Para pelajar hanya perlu mengisi data peribadi masing-masing dan setakat ini sudah ramai yang memohon bantuan tersebut.

“Seramai 150 orang pelajar telah ‘Direct Message’ (DM) dan itu pun belum sempat saya balas dan seramai 563 orang pelajar lagi telah memberi maklumbalas melalui ‘Google Form’ yang disediakan,” katanya.

Bagaimanapun, Tatty berharap ada pihak yang sudi bekerjasama membantunya   memandangkan peningkatan jumlah pelajar yang membuat permohonan semakin ramai.

Biarpun begitu, pertolongan ini sangat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana kerana tidak ramai anak muda hari ini sanggup menghulurkan bantuan membantu insan-insan yang memerlukan.

Semoga perkongsian murni gadis ini dapat membuka mata masyarakat bahawa sifat memberi perlu diterapkan dalam diri setiap insan kerana sekecil-kecil pemberian, besar nilainya di mata yang menerima.

Sumber Twitter: Tatty Hassan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan