255439408_6412493605458852_2300045257510650548_n
255439408_6412493605458852_2300045257510650548_n

“Terubat rindu dekat Malaysia” - pelajar teruja jumpa “King” Myvi di Scotland

Mohd Khairi Mohamad Yusri
23 Nov 2021 09:49am
A
A
A

Siapa sahaja tidak kenal Myvi? Antara kereta tempatan yang terkenal bagi pengguna jalan raya di negara ini, malah pada tahun lepas kenderaan yang bersaiz kompak ini berjaya menguasai 40 peratus penjualan di pasaran Malaysia.

Siapa sangka, kereta tempatan ini turut berada di luar negara kerana baru-baru ini sebuah hantaran yang tular di Facebook memaparkan sekumpulan pelajar Malaysia terjumpa Myvi di Scotland dan pastinya telah mencuri tumpuan netizen.

Dalam hantaran tersebut, Mahziah Ramly memuat naik gambar yang dihantar oleh anaknya yang belajar di Scotland, kelihatan teruja apabila menjumpai Myvi di sana.

“Anak saya yang belajar di Edinburgh hantar gambar ini.

“Seronok katanya, hilang rindu pada kereta Myvinya yang warna biru di Malaysia bila lihat ada Myvi ini di Scotland,” tulisnya di dalam hantaran terbabit.

Susulan tularnya posting tersebut, ia berjaya meraih sehingga 120,000 tanda suka, 45 komen dan 334 perkongsian di Facebook dan rata-rata netizen turut teruja melihat Myvi berada di negara itu.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cerita ini boleh melihat posting penuh https://www.facebook.com/groups/399467147504617/posts/1068517087266283/.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Emblem Myvi tu... Huhu…adik saya masa dekat UK banyak jumpa Myvi Subaru..geram je nak suruh dia kirim part??? - Qema Qemarim

Nice... Super rare hendak jumpa sekarang ini dekat UK… - Hye RiTs

Myvi ternyata boleh terbang terbaik lah Myvi ?? - Tawakal Insyallah Sukses

Alhamdulillah tapi jangan buat perangai king macam dekat sini - Zek Beemer

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan