young-man-are-cycling-road-bike-evening_158595-2253
young-man-are-cycling-road-bike-evening_158595-2253

Tip kemasukan ke Sekolah Sukan untuk sukan lumba basikal

Roshlawaty Md Raieh
22 Jun 2021 03:57pm
A
A
A

Siapa yang tidak kenal dengan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang.

Seorang atlet bertaraf dunia, Azizulhasni merupakan idola dan ikon kepada pelajar-pelajar yang meminati dunia berbasikal.

Namun begitu, masih ramai pelajar yang tidak mengetahui saluran tepat untuk mereka asah bakat dalam sukan berkenaan.

Justeru, GPSBestari kongsikan sekolah dan kriteria yang diperlukan bagi mereka yang ingin mendalami sukan berbasikal secara serius.

Terdapat dua Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang menawarkan pengajian dalam sukan lumba basikal bagi pelajar yang berminat.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT).

Bagaimanapun terdapat syarat-syarat tertentu untuk mereka memohon kemasukan ke sekolah sukan ini.

Syarat Khusus

1) Pengambilan atlet murid Tingkatan 1

  • Atlet murid perlu memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR serta telah melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2) Pengambilan atlet murid Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5

  • Atlet murid perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

SSM ialah sekolah yang mengumpul atlet berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.

Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbangkan dan disepadukan.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

Permohonan ke SSM dilakukan dua kali setahun, pengambilan Januari dan Julai.

Di Malaysia terdapat lima buah SSM iaitu Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS), dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan