tiktok_rotan sekolah
tiktok_rotan sekolah

(VIDEO) Kejutan istimewa sempena Hari Guru, ibu murid hadiahkan rotan kepada guru di sekolah

Adlan Farhan Azwan
18 May 2022 02:23pm
A
A
A

Hari Guru yang telah berlangsung pada 16 Mei lalu merupakan hari mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru atau pendidik.

Kebiasaannya, pihak sekolah akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan majlis sambutan Hari Guru dan kebanyakan guru-guru pula menerima hadiah daripada anak-anak murid sebagai tanda penghargaan.

Baru-baru ini satu video telah tular di laman media sosial apabila ibu kepada salah seorang murid bertindak menghadiahkan rotan kepada guru di sekolah tersebut.

Baca juga

[VIDEO] “Nak nyanyi lagu XPDC pada sambutan Hari Guru”

(VIDEO) Sekolah hasilkan video muzik raya dengan konsep unik, berjaya tarik perhatian warganet

Video yang dimuat naik oleh @nanijoe03 menerusi laman TikTok memaparkan seorang murid lelaki lengkap berbaju melayu dengan riak wajah terpinga-pinga menuju ke arah ibunya sambil menerima hadiah rotan yang akan diberikan kepada gurunya.

[embed]https://www.tiktok.com/@nanijoe03/video/7098167225013538075[/embed]

Murid lelaki itu juga sempat memberikan ucapan sempena Hari Guru yang ditujukan buat semua guru di seluruh dunia.

Setakat ini, video yang dimuat naik di laman TikTok itu telah memperoleh hampir 250,000 jumlah tontonan dengan lebih 20,000 tanda suka.

Di ruangan komen pula, ramai pengguna laman itu turut terhibur dan memuji idea ibu murid lelaki tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@firdaus6319: Kreatif. Semoga dipermudahkan dan jadi anak yang soleh yang memperoleh berkat restu daripada mak ayah serta cikgu-cikgu.

@myazmri: Sama macam arwah umi saya. Umi hadiahkan rotan dekat cikgu.

@fakhmalz: Ibu dulu juga setiap tahun bagi rotan, tetapi siap balut dengan reben, lawa sangat-sangat. Rindunya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan