HomeKomuniti(VIDEO) “Mainan saya tak tenggelam sebab memang takde mainan” - kisah Arash...

(VIDEO) “Mainan saya tak tenggelam sebab memang takde mainan” – kisah Arash yang terkesan dengan banjir raih simpati penonton

“Mainan saya tak tenggelam sebab memang takde mainan”. Itulah jawapan yang diungkapkan oleh salah seorang kanak-kanak mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Dalam sebuah video yang tular sejak semalam di laman TikTok, video yang sudah meraih lebih 1.8 juta tontonan oleh @myfundaction itu menunjukkan situasi pengedaran buku kepada mangsa banjir di situ.

Anggota sukarelawan yang merakam video tersebut bertanyakan kepada salah seorang kanak-kanak yang kelihatan sedang mencari sesuatu. Apabila ditanyakan apa yang dicari olehnya, dia menjawab yang dia sedang mencari buku lukisan.

Baca juga 5 permainan video yang mengajar kanak-kanak dengan pelbagai ilmu pengetahuan

Baca juga Kanak-kanak alami trauma bencana, ibu bapa boleh ikuti 5 langkah membantu mereka untuk pulih

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Arash menjelaskan yang buku-buku terpaksa dibuang disebabkan banjir yang menimpa rumahnya.

Prihatin dengan nasib yang menimpa Arash, sukarelawan itu bertanya tentang bagaimana dengan keadaan mainan yang dimiliki olehnya.

@myfundaction

“Memang takde mainan” 🥺

♬ original sound – MyFundAction – MyFundAction

Arash berkata yang mainan miliknya tidak terkesan dengan banjir kerana dia sememangnya tidak mempunyai sebarang mainan di rumah.

Pihak sukarelawan itu terus mencapai buku lukisan yang baharu untuk diberikan kepada Arash dan kemudiannya dibawa ke rumah milik keluarga Arash yang terkesan dengan banjir. Apabila Arash sampai di rumahnya, dia kelihatan teruja dan terus memulakan kerja rumah.

Pihak sukarelawan MyFundAction datang buat kali kedua ke rumah Arash untuk memberikan mainan kepada Arash dan adiknya.

Adik kepada Arash terus melompat gembira apabila menerima mainan ‘dinosaur’ sambil berkata yang dia sangat suka dengan mainan ‘dinosaur’ ini.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Kegembiraan yang terukir di wajah dua adik-beradik ini telah mendapat perhatian ramai. Ramai juga di antara pengguna di laman Twitter turut ingin menyumbangkan sedikit dana kepada mereka.

Tahniah kepada pihak MyFundAction yang prihatin dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan semoga mereka membesar menjadi insan mulia yang berbakti kepada masyarakat.

Sumber: TikTok MyFundAction