no image

(VIDEO) Tindakan melanggar lampu merah sukarkan murid melintas jalan

Adlan Farhan Azwan
25 May 2022 04:32pm
A
A
A

Sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, kita mesti peka dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kemalangan, lebih-lebih lagi apabila melalui kawasan sekolah.

Pengguna jalan raya harus mematuhi segala papan tanda dan simbol yang terdapat di sepanjang jalan.

Salah satu simbol penting yang sering dipandang remeh pemandu dan penunggang ialah lintasan pejalan kaki, juga dipanggil ‘zebra crossing’.

Kebiasaannya, kita dapat lihat lintasan pejalan kaki ada di setiap kawasan berdekatan dengan sekolah.

Baca juga

(VIDEO) Demi murid, guru ini pertaruh nyawa sebelum tiba ke sekolah. Inilah wira negara yang sebenar

Transformasi zon sekolah, usaha ke arah meningkatkan kebolehlihatan pejalan kaki dan keselamatan jalan raya

Namun, kebanyakan daripada pemandu atau penunggang tidak akan menghiraukan peraturan yang telah ditetapkan sehinggakan melanggar lampu merah.

Satu video tular di laman media sosial apabila rakaman yang menunjukkan sikap lalai segelintir penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah.

[video width="608" height="1080" mp4="https://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/05/INFO-TERKINI-BAHAYA-Murid-nak-lintas-jalan-pun-susahsemua-mata-butatak-nampak-Lampu-merah.mp4"][/video]

Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mengakibatkan seorang murid terpaksa menunggu untuk melintas jalan meskipun lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah di laluan kenderaan.

Menurut orang ramai, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di depan masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam video tersebut juga, pemilik rakaman turut memarahi beberapa penunggang motosikal yang tidak mengikut peraturan.

Ramai pengguna laman media sosial turut meluahkan kebimbangan dan berharap perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan