rohani 1
rohani 1

Warga emas asal Perancis tinggal di Terengganu, siapkan PhD

Rasyidah Zulkifi
14 Jun 2022 02:22pm
A
A
A

Biarpun bergelar warga emas, seorang wanita kelahiran Paris, Perancis masih bersemangat untuk menyelesaikan kertas kajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Etnobotani di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Christine Longuet atau nama Islamnya, Rohani Abdullah, 79, sudah mempunyai sarjana dalam seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.

Dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sorbonne, Paris ketika berada di negara kelahirannya sebelum berhijrah ke Malaysia.

Menurutnya, tempoh anggaran 51 tahun menetap di Kampung Pulau Duyung membuatkan dia sudah sebati dengan kehidupan, kesenian dan kebudayaan komuniti setempat di situ.

Rohani berkata, kali pertama menjejakkan kaki ke kampung itu, hatinya sudah terpikat dengan kehidupan komuniti tempatan selain kagum dengan kesenian terutama warisan membuat bot dan perahu layar.

Rohani Abdullah, 79, menunjukkan buku yang ditulisnya berhubung pembuatan bot dan kapal layar di Pulau Duyung, Kuala Terengganu.

"Sudah lapan tahun saya berusaha untuk menyelesaikan PhD dan insya-ALLAH hanya berbaki lima peratus kertas kerja yang belum siap.

"Saya berharap dengan usaha gigih saya mampu menyiapkannya dalam masa terdekat kerana kekangan waktu membuatkan ia masih belum selesai," ujarnya yang membuat kertas kajian berhubung kebudayaan dan perubahan masa di Terengganu.

Sambungnya, satu ketika dahulu ramai individu dari benua Eropah datang untuk menempah kapal layar buatan tukang-tukang tempatan yang berkemahiran tinggi dalam pembuatan kenderaan laut berkenaan.

Disebabkan kesenian dan kebudayaan membuatkan Rohani berasa amat sukar untuk meninggalkan negeri ini disamping sudah lama menetap di kampung berkenaan.

Dia turut menceritakan pengalaman mempelajari bahasa tempatan di tebing Sungai Terengganu dengan tukang-tukang yang membuatkan bot dan perahu layar.

Dia juga memberitahu mengambil masa lima tahun untuk pandai berbahasa Melayu setelah berkahwin dengan suami, Wan Osman Wan Abdullah pada 1977 ketika berusia 34 tahun.

Selain menyambung PhD, Rohani menulis buku dan koleksi puisi tempatan seperti Puisi Duyung Pulau Rakyat serta Amanah: Journey An Architect.

Artikel berkaitan 

UTHM anjur Program Peduli Warga Emas, serah sumbangan makanan dan kelengkapan perlindungan diri 

Datuk tiga cucu terima PhD usia 62 tahun, graduasi bersama anak perempuan 

Usia muda sudah sambung PhD, Faiq Hazim kongsi dua rahsia yang ramai nak tahu!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan