YES sedia telefon pintar dan data percuma untuk keluarga B40, PdPR pasti lancar 17 Mei ini
YES sedia telefon pintar dan data percuma untuk keluarga B40, PdPR pasti lancar 17 Mei ini

YES sedia telefon pintar dan data percuma untuk keluarga B40, PdPR pasti lancar 17 Mei ini

Roshlawaty Md Raieh
11 May 2021 08:53am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian akan bermula 17 Mei ini berikutan lonjakan kes Covid-19.

Kerana itu, ibu bapa pastinya akan melahirkan kerisauan berkenaan pembelajaran anak-anak setelah bermulanya PdPR nanti. Ini kerana, tidak semua ibu bapa terutama keluarga B40 mampu menyediakan gajet untuk anak masing-masing.

Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi YES memperkenalkan program YES PRIHATIN di mana ia menawarkan telefon pintar, data percuma dan kandungan pelajaran percuma kepada golongan B40 yang layak selama setahun.

Dengan memilih YES PRIHATIN, keluarga B40 akan memiliki akses penuh kandungan pembelajaran Learn-From-Home Yayasan YTL, yang merangkumi pelajaran percuma bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang dibangunkan mengikut piawaian kurikulum kebangsaan.

Mereka juga akan mendapat akses kuiz ulang kaji bagi semua subjek teras yang boleh didapati di aplikasi FrogPlay oleh FrogAsia.

Kesemua 1,272 pelajaran Learn-From-Home juga boleh didapati di laman rasmi Yayasan YTL dan aplikasi FrogPlay yang tampil dengan lebih 13,000 kuiz, menjadikan proses pembelajaran dan ulang kaji lebih mudah untuk diakses oleh semua pelajar yang memiliki telefon pintar.

Terdahulu, Program Jaringan Prihatin diumumkan buat pertama kali oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2021 November lalu sebagai inisiatif subsidi bagi membantu individu dan keluarga B40 mendapatkan pelan data.

Sebagai pembekal telekomunikasi yang sentiasa mengutamakan rakyat, YES memahami bahawa adanya satu lagi jurang yang cukup penting untuk diatasi – akses dan keterhubungan, terutama sekali untuk kelangsungan proses pendidikan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan