Sebahagian peserta yang mengikuti Program Mobiliti Berteraskan SDG di Rajamangala University of Technology Srivijaya baru-baru ini.
Sebahagian peserta yang mengikuti Program Mobiliti Berteraskan SDG di Rajamangala University of Technology Srivijaya baru-baru ini.

10 pelajar PPPJJ USM sertai Program Mobiliti Berfokuskan SDG di RUTS

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
24 Nov 2025 06:17pm

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian global melalui penganjuran Program Mobiliti Berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS), Songkhla pada 18 November lalu.

Disertai pelajar daripada pelbagai bidang yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara, program ini menjadi medium penting untuk memperluas perspektif mereka dalam pelaksanaan pendidikan mampan di peringkat antarabangsa.

Delegasi PPPJJ diketuai Dekan, Profesor Madya Dr Zulnaidi Yaacob bersama Dr Sah-Hadiyatan Ismail dan Mohd Rashid Abdul Rejab sebagai pengiring, sekali gus memastikan pengisian akademik dan profesionalisme pelajar diberi perhatian sepenuhnya.

Program ini dilaksanakan melalui inisiatif Geran Mobiliti oleh Pejabat Antarabangsa USM, yang menekankan kepentingan memupuk kesedaran kelestarian serta memantapkan pemahaman terhadap SDG dalam kalangan pelajar dewasa.

No Image Caption

Sepanjang lawatan, peserta mengikuti siri taklimat, wacana kepakaran dan tinjauan lapangan yang memberi pendedahan langsung kepada pelaksanaan strategi SDG di RUTS merangkumi inovasi teknologi hijau, pembangunan komuniti mampan dan amalan kelestarian kampus.

Salah seorang peserta, Muhammad Razin Rosidian menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang membuka minda.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Program ini membuka perspektif baharu kepada saya tentang bagaimana universiti luar negara melaksanakan inisiatif SDG secara menyeluruh.

"Ia memberi inspirasi untuk kami membawa amalan kelestarian ke USM, tempat kerja dan komuniti," katanya.

No Image Caption

Program mobiliti ini sekali lagi menegaskan usaha PPPJJ USM dalam melahirkan graduan yang berfikiran global, profesional serta komited terhadap agenda kelestarian, selaras dengan aspirasi universiti dan SDG.

No Image Caption

 

 

Ringkasan AI

  • PPPJJ USM menganjur Program Mobiliti Berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan di Rajamangala University of Technology Srivijaya, Songkhla
  • Disertai oleh pelajar dari pelbagai bidang yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan dan swasta
  • Delegasi PPPJJ diketuai oleh Dekan, Profesor Madya Dr Zulnaidi Yaacob
  • Program ini dilaksanakan melalui inisiatif Geran Mobiliti oleh Pejabat Antarabangsa USM
  • Peserta mengikuti siri taklimat dan tinjauan lapangan tentang strategi SDG, termasuk inovasi teknologi hijau dan pembangunan komuniti mampan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp