Persembahan tarian oleh penari MAKUM mendapat perhatian ramai sempena Malaysia Festival 2024 di Tumbalong Park, Sydney, Australia.
Persembahan tarian oleh penari MAKUM mendapat perhatian ramai sempena Malaysia Festival 2024 di Tumbalong Park, Sydney, Australia.

17 penari MAKUM buat persembahan di Australia

ROSHLAWATY MD RAIEH
19 Mar 2024 01:38pm
A
A
A

Peluang membuat persembahan tarian di luar negara tentunya menjadi momen indah kepada 17 penari Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) yang terdiri dalam kalangan mahasiswa Malaysia.

Mereka (penari) merupakan penuntut dari lima universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), terpilih mengadakan persembahan Nuansa Citra Malaysia sempena Malaysia Festival 2024 di Tumbalong Park, Sydney, Australia.

Selain menimba pengalaman menarik sepanjang berada di sana, mereka turut berpeluang mengembangkan bakat yang ada ke peringkat lebih tinggi.

Kumpulan penari MAKUM dalam persembahan Nuansa Citra Malaysia di Australia.
Kumpulan penari MAKUM dalam persembahan Nuansa Citra Malaysia di Australia.

Menurut Pengerusi MAKUM, Profesor Dr Arifin Abdu, program tersebut bertujuan mempromosikan seni budaya dan warisan Malaysia di arena antarabangsa.

Katanya, ia turut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi budaya yang menarik kepada semua pengunjung dari pelbagai pelusuk negara.

Sementara itu, Malaysia Festival 2024 yang bertemakan Kebudayaan Malaysia, telah menampilkan tradisi Melayu dan Borneo dengan suntikan kepelbagaian kaum utama seperti India dan Cina.

Nyanyian lagu asri daripada mahasiswa UPM.
Nyanyian lagu asri daripada mahasiswa UPM.

Artikel Berkaitan:

Selain menari, mereka (penari MAKUM) turut mengadakan pertunjukan busana tradisional yang digayakan mengikut identiti setiap bangsa dalam negara.

Persembahan hebat dan luar biasa itu diuruskan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM bagi pihak MAKUM dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Sebelum itu, Malaysia Festival 2024 merupakan hasil inisiatif Student-Run Organisation, Education Malaysia Australia (EMA) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia University of New South Wales (UNSW) dan penginapan oleh Malaysia Hall Sydney.

Busana Malaysia mendapat perhatian warga Australia.
Busana Malaysia mendapat perhatian warga Australia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok