Sebahagian penuntut-penuntut baharu UPM melafazkan ikrar Rukun Negara dalam program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi pada Isnin.
Sebahagian penuntut-penuntut baharu UPM melafazkan ikrar Rukun Negara dalam program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi pada Isnin.

3,200 penuntut baharu UPM lafaz ikrar Rukun Negara

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Oct 2023 12:22pm

Seramai 3,200 mahasiswa baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) melafazkan ikrar Rukun Negara dalam program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi di universiti terbabit pada Isnin.

Menurut Pengerusi Jemaah Pengetua UPM, Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah, program yang dibuat sempena Minggu Perkasa Putra sesi 2023/2024 itu menyokong aspirasi nasional untuk memperkukuh semangat kenegaraan yang kental terutamanya dalam kalangan mahasiswa.

“Oleh kerana Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, agama dan latar belakang, maka konsep Malaysia Madani memerlukan kita untuk menjadikan kepelbagaian ini sebagai sumber kekuatan dan persamaan, bukan sebagai punca perpecahan," ujarnya.

Beliau berkata, UPM menyokong hasrat Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum, semangat patriotisme dan kenegaraan serta penjenamaan Rukun Negara di peringkat universiti.

No Image Caption

Terdahulu, universiti berkenaan merupakan universiti pertama yang dipilih oleh KPN untuk mahasiswa-mahasiswa baharu melafazkan ikrar Rukun Negara dalam siri Kembara Perpaduan KPN.

Sementara itu, seramai 300 staf UPM dan KPN turut serta melafazkan ikrar Rukun Negara termasuklah Ketua Setiausaha KPN, Datuk Azman Mohd Yusof dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Fatin Amira Mohd Hisham.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, Program Eksplorasi Rukun Negara merupakan antara program menarik untuk penuntut-penuntut baharu UPM sesi 2023/2024 menerusi program Minggu Perkasa Putra UPM yang diadakan pada 2 hingga 7 Oktober ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp