
Anugerah Emas buat MSU
Pengiktirafan Putra Aria Brand 2025 Kategori Education and Learning
Management and Science University (MSU) menerima pengiktirafan Anugerah Emas pada Putra Aria Brand 2025 bagi Kategori Education and Learning baru-baru ini.
Pengiktirafan itu menandakan satu lagi pencapaian berterusan MSU mengukuhkan kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi yang dipercayai di Malaysia.
Pencapaian itu juga mengukuhkan lagi kekuatan jenama MSU serta memperkasakan tahap keyakinan awam yang berterusan serta komitmen universiti dalam menyampaikan pendidikan berkualiti yang relevan dengan keperluan industri dan pembangunan masyarakat.
Anugerah Putra Aria Brand merupakan antara platform pengiktirafan jenama paling berprestij di negara ini, yang mengiktiraf organisasi berasaskan kecemerlangan, daya tahan dan sumbangan bermakna dalam sektor masing-masing.
Ia merupakan tahun kedua berturut-turut MSU diiktiraf sebagai penerima Anugerah Emas yang merupakan penerima Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa masing-masing bagi Putra Aria Brand Awards 2023 dan Putra Aria Brand Awards 2022.
Hadir menerima anugerah bagi pihak MSU ialah Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi, Datuk Rosli Yusof.
Pengiktirafan ini juga memberi motivasi kepada warga universiti untuk terus memperkasakan kualiti pendidikan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ke arah melahirkan graduan seimbang, kompeten dan versatil selaras dengan dengan moto universiti iaitu Transforming Lives, Enriching Future.
Selain itu, MSU giat memacu agenda transformasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat dengan menawarkan laluan pendidikan yang fleksibel, termasuk pembelajaran berasaskan kerja dan pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
Inisiatif ini membolehkan akses yang lebih luas kepada pendidikan berkualiti di samping menyokong keperluan peningkatan dan penyesuaian kemahiran dalam kalangan masyarakat.
Anugerah Putra Aria Brand Awards diperkenalkan buat kali pertama pada 2022 merupakan inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna serta mendapat pengesahan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Ringkasan AI
- Management and Science University (MSU) menerima Anugerah Emas Putra Aria Brand 2025 untuk Kategori Education and Learning
- Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan MSU sebagai institusi pendidikan tinggi yang dipercayai di Malaysia
- Anugerah Putra Aria Brand merupakan platform pengiktirafan jenama berprestij di Malaysia
- MSU menerima Anugerah Emas untuk tahun kedua berturut-turut setelah sebelumnya menerima Anugerah Perak dan Gangsa
- Inisiatif MSU memacu transformasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat untuk menyokong keperluan masyarakat