Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas) malam tadi, dengan diiringi linangan air mata ahli keluarga, rakan setugas dan para pelajarnya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas) malam tadi, dengan diiringi linangan air mata ahli keluarga, rakan setugas dan para pelajarnya.

'Arwah baik orangnya...' - Pemergian mengejut pensyarah UiTM Pahang undang sebak ramai

13 Oct 2025 11:23am

"Arwah baik orangnya, lembut tutur kata dan sangat penyayang terhadap pelajar.”

"Ini pensyarah anak saya. Terkejut dia bila dengar berita ini. Katanya, arwah orang yang sangat baik. Semoga ALLAH kurniakan pahala berpanjangan atas segala ilmu yang disampaikan kepada anak saya dan kawan-kawannya."

"Saya tak mengenali arwah secara peribadi, tapi saya kenal mak ayahnya. Ayah arwah pun sangat baik dan murah senyuman. Tak pelik kalau anaknya juga begitu. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman."

"Allahyarham Nurhazwani antara pensyarah paling disenangi pelajar. Sentiasa senyum, tak pernah marah dan sangat sabar bila mengajar. Kami semua sedih sangat." 

Itulah antara luahan sebak warga maya susulan pemergian pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Allahyarham Nurhazwani Abd Halim, 34, yang meninggal dunia akibat lemas ketika mandi-manda bersama keluarga di kolam renang sebuah hotel di Terengganu, Sabtu lalu.

No Image Caption

Allahyarham yang merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh, bertugas di Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Pahang.

Beliau ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya kira-kira jam 5.30 petang, sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sungai Tangkas) malam tadi, dengan diiringi linangan air mata ahli keluarga, rakan setugas dan para pelajarnya.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Harith Amirul Asmadi, 27, bekas pelajar Allahyarham yang kini bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Ampang.

No Image Caption

Menurutnya, arwah seorang pensyarah yang sangat baik, pemurah dan sentiasa menegurnya dengan lembut dan profesional.

"Allahyarham sentiasa memberi semangat kepada kami agar tidak mudah berputus asa. Beliau juga menjadi antara idola saya untuk bergelar pendidik suatu hari nanti. Walaupun sudah lama tidak berjumpa dan hanya berhubung melalui WhatsApp, berita pemergiannya benar-benar mengejutkan," katanya dipetik daripada portal tempatan.

 

 

Ringkasan AI

  • Arwah dikenali sebagai orang yang sangat baik, lembut tutur kata dan penyayang terhadap pelajar
  • Meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di Terengganu
  • Allahyarham Nurhazwani Abd Halim merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang
  • Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi
  • Bekas pelajar menganggap Allahyarham sebagai idola dan pengajar yang sangat baik serta pemurah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp