Kesemua rakan kolaborasi bergambar selepas pelantikan rakan strategik bagi Program Latihan Hospitaliti Khas
di Dewan Sri Cendana, Aswara, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.
Kesemua rakan kolaborasi bergambar selepas pelantikan rakan strategik bagi Program Latihan Hospitaliti Khas di Dewan Sri Cendana, Aswara, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Aswara pacu latihan housekeeping profesional

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
14 May 2025 04:30pm

Latihan dalam bidang hospitaliti kini menerima nafas baharu apabila Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) menganjurkan Majlis Pelantikan Rakan Strategik bagi Program Latihan Hospitaliti (housekeeping) Khas di Dewan Sri Cendana di sini.

Majlis yang berlangsung pada Rabu lalu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dengan menghimpunkan pelbagai pihak penting termasuk institusi akademik, badan kerajaan dan wakil industri perhotelan dan kemahiran.

Menariknya, program ini bukan sekadar satu kerjasama atas kertas, namun ia membawa harapan besar kepada golongan belia termasuk pelajar TVET dan pendidikan khas untuk mendapat latihan kemahiran secara langsung dan selari dengan keperluan sebenar industri.

No Image Caption

Antara rakan strategik yang terlibat termasuk Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), UCSI University, Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok dan banyak lagi.

Menurut Khairul Firdaus, kolaborasi ini mencerminkan komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dalam memperkukuh ekosistem latihan hospitaliti terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026).

"Kita perlu pastikan tenaga kerja muda kita bersedia, bukan sahaja dari segi kemahiran teknikal tetapi juga etika dan profesionalisme," katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Dengan sasaran 45 juta pelawat antarabangsa pada tahun 2026 dan pendapatan pelancongan yang dijangka mencecah RM270 bilion, sektor hospitaliti memerlukan lebih ramai pekerja mahir yang bersedia beraksi.

Bagi pelajar dan belia terutama yang sedang mengikuti kursus kemahiran atau berminat dalam bidang perhotelan, ia petanda jelas bahawa laluan kerjaya dalam bidang ini semakin terbuka luas.

No Image Caption

Malah, pelajar pendidikan khas juga kini berpeluang mendapat latihan bersijil dan profesional dalam bidang hospitaliti.

Program seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada suasana kerja sebenar, malah membina keyakinan dan pengalaman yang amat bernilai sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp