Semoga pencapaian Dr Shima menjadi motivasi bahawa setiap anak muda, tanpa mengira latar belakang, mampu mencipta sejarah. Foto: Facebook Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 
Semoga pencapaian Dr Shima menjadi motivasi bahawa setiap anak muda, tanpa mengira latar belakang, mampu mencipta sejarah. Foto: Facebook Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 

Dr Shima dari suku kaum Mahmeri raih PhD! 'Ini memang luar biasa' - Warga maya

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Dec 2025 01:45pm

Pelajar Orang Asli kini semakin menyerlah dalam dunia pendidikan.

Mereka bukan lagi sekadar mencipta keputusan cemerlang di sekolah, tetapi ramai yang sudah berjaya melangkah ke menara gading malah hingga ke peringkat antarabangsa.

Terbaharu, seorang wanita hebat dari suku kaum Mahmeri, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sepang, Selangor, Dr Shima Rabi'atul' Adawiyah Zainal mencuri perhatian negara apabila berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Manchester, United Kingdom, perkongsian Facebook Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). 

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan komuniti Orang Asli, malah menjadi inspirasi buat seluruh generasi muda Malaysia bahawa usaha tanpa henti mampu membawa seseorang ke puncak kecemerlangan.

Di media sosial, warga maya tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah.

Miszz Siti: "Tahniah Dr, memberi semangat pada generasi muda." 

Fauzan Bingki: "Wanita sukses Malaysia." 

Latiffah Endot: "Tahniah menjadi inspirasi kepada anak muda yang lain." 

Suhaimi Abdul Karim: "Zaman sekarang kaum Orang Asli berada di kelas mereka tersendiri, mampu berdiri sama tinggi malah lebih tinggi." 

Artikel Berkaitan:

Nik Fauziah Adnan: "Cantiknya dia...lengkap dengan kepintaran. Pakej terbaik." 

Maznah Hashim: "Tahniah mengangkat kaummu dengan kejayaan yang dicapai." 

Armin: "Wanita Mahmeri ini melakar sejarah baharu pendidikan negara. Ini memang luar biasa." 

Semoga kejayaan Dr Shima terus membuka jalan kepada lebih ramai anak muda Orang Asli untuk percaya bahawa tiada batas untuk bermimpi, tiada limit untuk berjaya.

 

 

Ringkasan AI

  • Pelajar Orang Asli kini semakin menyerlah dalam dunia pendidikan
  • Seorang wanita dari suku Mahmeri berjaya meraih PhD dalam Kejuruteraan Kimia dari University of Manchester
  • Kejayaan ini membanggakan komuniti Orang Asli dan menjadi inspirasi generasi muda
  • Warga maya menyampaikan ucapan tahniah dan menganggap ini sebagai sumber inspirasi
  • Kejayaan individu ini membuktikan tiada had untuk bermimpi dan mencapai kejayaan bagi Orang Asli
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp