Hampir 300 mahasiswa mengikuti Hari Sukan Negara Beijing 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan Beijing Jiaotong University, China baru-baru ini.
Hampir 300 mahasiswa mengikuti Hari Sukan Negara Beijing 2023 yang berlangsung di Kompleks Sukan Beijing Jiaotong University, China baru-baru ini.

Hari Sukan Negara Beijing 2023: Membudayakan sukan ke arah perpaduan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
30 Oct 2023 04:20pm

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup sihat.

Selain itu, penganjurannya juga adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas lagi aktif serta memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Baru-baru ini, hampir 300 rakyat Malaysia yang terdiri dalam kalangan penuntut di universiti wilayah Beijing dan wilayah Tianjin, Republik Rakyat China telah meraikan HSN Beijing 2023 dengan penuh meriah di sana.

Turut serta menyambut acara tahunan itu adalah para pegawai dan keluarga Kedutaan Besar Malaysia Beijing.

No Image Caption

Seterusnya, HSN Beijing 2023 turut disertai kumpulan mahasiswa antarabangsa yang dijemput khas dari beberapa buah negera seperti Kazakhstan, Turmerkistan, Antigua and Barbuda, Filipina serta Vietnam sebagai salah satu inisiatif mendekati atau outreach untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan pengajian pasca-ijazah kelak.

Menurut Sanmugan Subramaniam selaku Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di China, bersukan mendatangkan banyak kebaikan kepada mahasiswa dalam meneruskan sesi pembelajaran di perantauan sekali gus bergraduasi dengan cemerlang.

Artikel Berkaitan:

”Kalah atau menang bukanlah satu ukuran dalam aktiviti sukan kerana ia adalah adat pertandingan.

“Namun, apa yang saya harapkan adalah kebersamaan kita iaitu Our Togetherness dalam mengangkat aktiviti sukan sebagai alat pengukuhan perpaduan sesama kita (rakyat Malaysia),” ujarnya.

No Image Caption

Beliau berkata demikian ketika merasmikan HSN Beijing 2023 di Kompleks Sukan Beijing Jiaotong University, China.

HSN Beijing 2023 yang dianjurkan Pejabat Education Malaysia Beijing (EMB) dan Persatuan Pelajar Malaysia di Beijing (AMSIB) serta mendapat sokongan penuh Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China menyediakan pelbagai acara menarik kepada para peserta.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah tarian zumba, larian, perlawanan bola sepak, lompat jauh, tarik tali dan pelbagai acara sukaneka.

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Pada HSN Beijing 2023 itu juga, kontinjen mahasiswa telah memilih koleksi nama makanan popular seperti Roti Canai, Nasi Lemak, Pasembur, Musang King, Cendol, Char Kuey Teow dan Teh Tarik untuk nama pasukan masing-masing.

Ia bertujuan meningkatkan rasa cinta penuntut kepada negara, menyuburkan semangat patriotisme dan mengukuhkan jati diri mahasiswa yang berada di perantauan.

No Image Caption

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp