Noor Kumalasari dan suami meraikan kejayaan Wan Irfan Nurul Atiq dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34.
Noor Kumalasari dan suami meraikan kejayaan Wan Irfan Nurul Atiq dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34.

'Jam 4 pagi masih tak tidur kerana siapkan tugasan' - Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari kongsi rahsia anak berjaya

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Dec 2024 04:40pm

"Dia memang komited dengan pengajian. Bayangkan, jam 4 pagi masih siapkan tugasan di dalam bilik dan sebagai ibu, saya memang bangga dengan dia."

Demikian kata Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari Mohamed Taib mengenai anak lelakinya, Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff yang berjaya menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU).

Difahamkan, beliau mengikuti jurusan Bachelor in Graphic Design (Hons), Faculty of Information Sciences and Engineering(FISE) di institusi pendidikan tinggi swasta itu dan kejayaannya telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34 pada Khamis.

Kongsi pemuda ini, pengajian di MSU memberi satu pengalaman yang sangat berharga buat dirinya.

"Lakukan apa yang anda fikirkan dan berhenti daripada sikap terlalu berfikir (overthinking).

"Kalau boleh, buat sesuatu secara berperingkat iaitu lakukan (perkara) untuk hari pertama, kedua dan seterusnya. Itu lebih mudah,” katanya seperti dipetik menerusi TikTok MSU.

Terdahulu, seramai 2,447 graduan dari 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing.

Ia menyaksikan 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).

FISE adalah fakulti yang melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian.

Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp