Keputusan kemasukan ke UA lepasan STPM boleh disemak bermula hari ini

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
07 Sep 2023 10:54am

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi peringkat sarjana muda lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sesi Akademik 2023/2024 akan diumumkan hari ini.

KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, pengesahan setuju untuk menerima atau menolak tawaran perlu dibuat bermula pada 8 hingga 16 September melalui laman sesawang UA masing-masing.

Keputusan kemasukan ke UA boleh disemak bermula hari ini (7 September) pukul 12 tengah hari dan tamat pada 16 September pukul 5 petang.
Kredit foto: Freepik
Keputusan kemasukan ke UA boleh disemak bermula hari ini (7 September) pukul 12 tengah hari dan tamat pada 16 September pukul 5 petang. Kredit foto: Freepik



Surat tawaran kemasukan pula akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 8 September setelah calon membuat pengesahan setuju menerima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Pemilihan kemasukan calon kategori STPM, Matrikulasi, Asasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

“Manakala pemilihan bagi calon kategori diploma dan setaraf adalah berdasarkan 100 peratus pencapaian akademik. “Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di UA,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu lagi, kejayaan calon untuk memperoleh tawaran bergantung kepada susunan merit dengan memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian selain diperaku oleh sesi temu duga atau ujian bagi program yang menetapkan syarat berkenaan.

Selain itu, hanya calon yang mengemukakan permohonan di UPUOnline melalui pautan https.//upu.mohe.gov.my/ sahaja yang dipertimbangkan kemasukannya.

Untuk itu, calon boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan bermula 7 September pada pukul 12 tengah hari hingga 16 September pukul 5 petang melalui dua platform iaitu aplikasi UPUPocket di telefon pintar masing-masing atau secara dalam talian melalui pautan:

Artikel Berkaitan:


https://ipt.utm.my

https://ipt.uum.edu.my

https://ipt.unimas.my

https://ipt.umt.my

https://ipt.ums.edu.my

Manakala calon yang tidak berjaya dipelawa untuk mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di pautan https//upu.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 7 hingga 16 September nanti.

Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baru selesai dilaksanakan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp