Menurut KPT, peringatan itu dizahirkan susulan insiden melibatkan kematian seorang penuntut sebuah universiti di Cyberjaya yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi kelmarin.
Menurut KPT, peringatan itu dizahirkan susulan insiden melibatkan kematian seorang penuntut sebuah universiti di Cyberjaya yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi kelmarin.

KPT ingatkan IPT sentiasa patuhi SOP demi keselamatan pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
26 Jun 2025 05:17pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta agar sentiasa mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak universiti masing-masing.

Langkah ini penting bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa berada pada tahap tertinggi sekali gus memberikan perlindungan menyeluruh kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawab institusi.

Menurut kenyataan media KPT yang dikeluarkan pada Khamis, peringatan itu dizahirkan susulan insiden melibatkan kematian seorang penuntut sebuah universiti di Cyberjaya yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi kelmarin.

"Kementerian menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Kami juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan sensitiviti semua pihak terlibat.

"Dalam masa sama, KPT sedang menunggu laporan penuh hasil siasatan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Justeru, kerjasama semua pihak amat dihargai agar proses siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan adil," jelas kenyataan itu lagi.

Sementara itu, KPT turut menegaskan komitmen berterusan untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan IPT kekal sebagai persekitaran yang selamat, kondusif dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pelajar.

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp