Zambry ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Wilayah (Premier) di Dewan Seri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Zambry ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Wilayah (Premier) di Dewan Seri Siantan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

KPT semak akta ambil alih Tingkatan Enam, Matrikulasi

31 Jan 2026 10:57pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini dalam proses menyemak akta berkaitan sebelum mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan program Tingkatan Enam dan mMatrikulasi.

"Kalau sebelum ini yang berkaitan dengan Tingkatan Enam dan juga Matrikulasi itu berada di bawah Kementerian Pendidikan.

"Jadi langkah yang perlu kita kena mengikut proses yang betul (step by step). Kita harap ia akan dapat kita lakukan," kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier) ketika ditanya mengenai perkembangan penstrukturan prauniversiti itu di bawah KPT.

Pada 20 Jan lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti merangkumi Tingkatan Enam dan matrikulasi bermula tahun ini.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok itu secara rasmi sebagai pelajar pendidikan tinggi. - Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menyemak akta berkaitan sebelum mengambil alih program Tingkatan Enam dan matrikulasi
  • Sebelum ini, Tingkatan Enam dan matrikulasi diurus oleh Kementerian Pendidikan
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menjelaskan proses pengambilalihan perlu mengikut langkah yang betul
  • Pengumuman pengambilalihan ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Januari
  • Langkah pengambilalihan menjadikan pelajar Tingkatan Enam dan matrikulasi sebagai pelajar pendidikan tinggi secara rasmi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp