TNC HEPA bersama mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester  semasa agihan sarapan menu Rahmah.
TNC HEPA bersama mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester semasa agihan sarapan menu Rahmah.

Menjiwai masyarakat Madani, Pusat Perhubungan Alumni UPM agihkan sarapan kepada pelajar

AZLEENDA SAHALUDIN
14 Feb 2023 04:11pm
A
A
A

Dalam usaha menyuburi jiwa Madani dalam kalangan staf, alumni dan mahasiswa, Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan program Putrabiz@Alumni: Mesti Makan Dulu pada 9 Februari lalu.

Program yang berbentuk sumbangan makanan ini telah diberikan kepada mahasiswa yang bakal menduduki peperiksaan akhir sesi akademik 2022/2023.

Sumbangan tersebut juga merupakan hasil kutipan dana alumni UPM yang digunakan untuk membeli 900 pek menu Rahmah bagi membekalkan sarapan kepada mahasiswanya.

Ia dilihat satu usaha dalam melahirkan lebih ramai graduan berjiwa besar serta bertepatan dengan konsep masyarakat Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Pusat Perhubungan Alumni menyantuni pelajar OKU.
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni menyantuni pelajar OKU.

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumi, Profesor Madya Dr Arba’ie Sujud, pengagihan sarapan ini adalah satu usaha yang akan memberi impak besar kepada mahasiswa serta universiti.

“Mungkin ia hanya sebahagian usaha kecil namun mampu memberi impak besar terutamanya kepada mahasiswa untuk mengalas perut sebelum menduduki peperiksaan akhir.

“Saya turut yakin dan percaya dengan penganjuran program yang dekat dihati khususnya kepada mahasiswa akan membuatkan mereka kembali menyumbang kepada mahasiswa yang lain apabila sudah bergelar alumni kelak.

Artikel Berkaitan:

“Ini juga salah satu kerangka kita untuk meraikan alumni yang menyumbang kepada apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Perhubungan Alumni serta secara langsung dapat menguar-uarkan setiap sumbangan dan amanah telah dilaksanakan dengan sebaiknya,” ujarnya semasa sesi pengagihan sarapan di Dewan Besar, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Dewan Kompleks Akademik UPM baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor BHEP dan Alumni, Profesor Dr Arifin Abdu; Pendaftar Universiti, Muhazam Mansor dan Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Fahmi Azar Mistar.

Sementara itu, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas sumbangan makanan yang telah diberikan selama tiga hari berturut-turut.

Pendaftar UPM, Muhazam Mansor (kiri) bersama Pengarah Pusat Pembangunan Alumni.
Pendaftar UPM, Muhazam Mansor (kiri) bersama Pengarah Pusat Pembangunan Alumni.

Ujarnya, pemberian berkenaan diharap dapat terus diadakan pada masa akan datang sebagai usaha memberi sokongan moral kepada mahasiswa supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik.

“Saya menyeru dan mengalu-alukan semua alumni UPM terutamanya alumni yang bertugas di UPM untuk turut bersama-sama dalam setiap program yang dianjurkan.

“Ini adalah tanda sokongan dan solidariti kita selaku alumni yang bertugas di UPM untuk bersama-sama membantu mahasiswa dan universiti,” tambahnya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok