Mohamad Zarid (kiri) dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri dan delegasinya bagi mengerjakan umrah. Kredit foto: Bernama
Mohamad Zarid (kiri) dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri dan delegasinya bagi mengerjakan umrah. Kredit foto: Bernama

Mohamad Zarid luah keterujaan dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
24 Mar 2023 10:57am

Mahasiswa jurusan syariah, Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi, Mohamad Zarid Misbari, 25, meluahkan rasa teruja apabila dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah.

Menurut penuntut yang berasal dari Bera, Pahang itu, dia sudah menjadi mutawif kepada jemaah umrah hampir dua tahun.

“Walaupun sudah dua tahun, inilah kali pertama saya membimbing jemaah umrah yang berbeza dan istimewa. Memang sangat teruja sekali,” katanya yang dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri melalui Konsulat Malaysia di Jeddah.

Mohamad Zarid
Mohamad Zarid

Perdana Menteri ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, pukul 6.40 pagi waktu tempatan.

Sebaik tiba, beliau dan delegasi terus bergerak ke Makkah untuk melaksanakan ibadat umrah terlebih dahulu dan selesai mengerjakan ibadat sunat berkenaan kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.

INFO

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp