Mohd Shukri (enam dari kiri) sewaktu pelancaran Karnival MySPINES 2025 di MSU baru-baru ini.
Mohd Shukri (enam dari kiri) sewaktu pelancaran Karnival MySPINES 2025 di MSU baru-baru ini.

MSU perkasa kesedaran kesihatan mata

Karnival MySPINES 2025 tonjol peranan universiti dalam penyelidikan, pendidikan dan khidmat komuniti

27 Oct 2025 02:11pm

Management and Science University (MSU) melalui Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) telah menganjurkan Karnival MySPINES 2025 bersempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2025, bertemakan Love Your Eyes, Every Story Counts.

Program selama dua hari yang berlangsung pada 8 dan 9 Oktober lalu, bertujuan memperkasakan kesedaran penjagaan kesihatan mata khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat umum.

Karnival anjuran bersama MSU Centre of Excellence for Vision and Eyecare (MSU i-CARE) itu menghimpunkan kira-kira 500 peserta mebabitkan pelajar MSU, kakitangan universiti, rakan industri serta pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18, Shah Alam dan SMK Bandar Baru Sungai Buloh.

Inisiatif MSU Myopia Screening Prevention and Intervention: A National Eye Health Study (MySPINES) memberi tumpuan terhadap kajian, pencegahan dan intervensi awal rabun jauh.

Pelancaran Karnival MySPINES 2025, disempurnakan Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid serta barisan pengurusan kanan universiti dan wakil industri.

Turut berlangsung pertukaran Memorandum Persefahaman antara MSU dan rakan industri melibatkan SDS Associates, Kimisha Optometrist, Epic Tips Global, Pertubuhan Prihatin Penglihatan Malaysia, Vitop Malaysia Sdn Bhd, Avicena Optometry, Mimata Healthcare, Alpro Optisaver serta Malaysia Association for the Blind (MAB).

MSU turut menerima sumbangan wakaf berjumlah RM419,000 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Wakaf Selangor Muamalat (WSM).

Projek MySPINES turut menerima sumbangan keseluruhan RM897,870 daripada pelbagai rakan industri.

Artikel Berkaitan:

Antara penyumbang ialah Kimisha Optometrist Sdn Bhd (RM300,000), SDS Associates Sdn Bhd (RM60,000), Epic Tips Global Sdn Bhd (RM50,000), Pertubuhan Prihatin Penglihatan Malaysia (RM45,000) dan Vitop Malaysia Sdn Bhd (RM23,870).

 

 

Ringkasan AI

  • Karnival MySPINES 2025 dianjurkan oleh Faculty of Health & Life Sciences MSU untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mata
  • Diadakan sempena Hari Penglihatan Sedunia 2025 dengan tema Love Your Eyes, Every Story Counts
  • Mengumpulkan kira-kira 500 peserta daripada pelajar MSU, kakitangan, rakan industri, dan pelajar sekolah
  • Fokus pada kajian, pencegahan, dan intervensi awal rabun jauh melalui inisiatif 'MSU Myopia Screening Prevention and Intervention: A National Eye Health Study (MySPINES)'
  • Menerima sumbangan wakaf RM419,000 dari Bank Muamalat Malaysia Berhad dan sumbangan keseluruhan RM897,870 dari pelbagai rakan industri
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp