Dari aspek kerjaya, ahli teknologi kardiovaskular membantu doktor menjalankan diagnosis yang betul terhadap keadaan jantung seseorang individu.
Dari aspek kerjaya, ahli teknologi kardiovaskular membantu doktor menjalankan diagnosis yang betul terhadap keadaan jantung seseorang individu.

MSU tawar program teknologi kardiovaskular pertama di Malaysia

11 Mar 2024 10:46am

Management and Science University (MSU) terus melengkapi perkembangan pesat teknologi perubatan di negara ini dengan menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kardiovaskular (Kepujian).

Program terbaharu di bawah Faculty of Health and Life Sciences (FHLS) itu adalah yang pertama di Malaysia, sekali gus memperkukuhkan modal insan negara dalam bidang tesebut.

Dengan tempoh pengajian selama empat tahun, program itu mengguna pakai modul pembelajaran terkini dengan penerapan elemen keusahawanan.

Selain itu, program pengajian tersebut turut melibatkan sokongan pensyarah berpengalaman menerusi pendekatan mentor mentee bagi memastikan penuntut mencapai keputusan cemerlang.

“Program ini turut memperoleh input semasa industri melalui Malaysian Society of Cardiovascular Technologist (MSCVT) juga merupakan rakan industri MSU.

“Dengan prasarana lengkap suasana pengajian kondusif, penuntut turut berpeluang merasai sendiri pengalaman dunia kerjaya sebenar menerusi kerjasama MSU dengan University Industry Advisory Panel (UIAP),” jelas MSU dalam satu kenyataan pada Rabu.

Teknologi kardiovaskular memainkan peranan besar dalam sektor kesihatan sama ada di peringkat tempatan dan global.

Dari aspek kerjaya, ahli teknologi kardiovaskular membantu doktor menjalankan diagnosis yang betul terhadap keadaan jantung seseorang.

Artikel Berkaitan:

Mereka menjalankan pemeriksaan kardiovaskular dan prosedur terapeutik yang diperlukan untuk memperoleh serta mengintegrasikan maklumat diagnostik dan input yang tepat.

Kebanyakan ahli teknologi kardiovaskular bekerja di hospital tetapi mereka juga boleh bekerja di pejabat pakar perubatan, kemudahan pendidikan, pusat perubatan, makmal kardiovaskular atau unit diagnostik mudah alih.

Dalam pasaran pekerjaan, graduan teknologi kardiovaskular berpotensi tinggi dalam bidang kesihatan sebagai Cardiac Catheterization Technologist, Cardiac Stress Technologist, Cardiology Technologist, Electrocardiograph (ECG) Technologist, Cardiopulmonary Technologist dan Vascular Technologist.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2021, penyakit jantung iskemik atau IHD kekal sebagai punca kedua tertinggi kematian utama di Malaysia dengan bilangan 21,543 kematian (13.7 peratus) daripada jumlah kematian disahkan secara perubatan.

Penyakit kardiovaskular juga merangkumi semua penyakit jantung dan saluran darah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp