Mohd Shukri (lima dari kanan) bergambar kenangan sebaik MSU dinobatkan sebagai penerima anugerah ASEAN's Most Transformative & Impactful TVET University.
Mohd Shukri (lima dari kanan) bergambar kenangan sebaik MSU dinobatkan sebagai penerima anugerah ASEAN's Most Transformative & Impactful TVET University.

MSU terajui TVET ASEAN

Graduan MSU catat kebolehpasaran tertinggi dengan rekod 99.7 peratus

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
08 Sep 2025 03:02pm

Management and Science University (MSU) sekali lagi membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai ASEAN’s Most Transformative & Impactful TVET University pada edisi ke-4 Malaysian Education and TVET Awards (META) 2025 baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud kepada Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

META anjuran Education + TVET Asia Publications mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan sumbangan institusi pendidikan tinggi di Malaysia serta Asia Tenggara.

Bertemakan From the Industry, By the Industry, For the Industry, penilaian penerima berdasarkan kepimpinan, inovasi, kelestarian, kualiti program, kecemerlangan jenama dan prestasi industri termasuk syarikat pemula baharu.

Majlis itu juga menampilkan forum Skills for the Future, Smarter Pathways: Innovating Education & TVET for a Changing World dengan Mohd Shukri sebagai salah seorang panel.

Beliau menekankan kepentingan penjenamaan semula TVET, perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan kolaborasi akademia-industri dalam melahirkan tenaga kerja pada masa depan.

Keberkesanan pendekatan MSU terbukti melalui Kajian Pengesanan Graduan 2024 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang mencatat kadar kebolehpasaran graduan (99.7 peratus) dan kadar bekerja (99 peratus), antara tertinggi di Malaysia.

Dengan lebih 3,000 rakan industri, MSU membina ekosistem industry–talent embedded yang memastikan graduannya job-ready dan future-ready.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, inisiatif Graduate Employability Skills (GEmS) dan Personal Enrichment Competencies (PEC) memperkukuh kemahiran insaniah, manakala kerjasama dengan lebih 500 institusi pendidikan di 40 negara memberi peluang luas kepada pelajar mengikuti pengajian serta latihan industri antarabangsa.

Dengan deretan pengiktirafan berprestij, MSU terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju pendidikan TVET bertaraf dunia, melahirkan graduan holistik, berdaya saing global dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp