Didoakan Nurul Iffah bertambah baik dan kesihatan semakin pulih.
Didoakan Nurul Iffah bertambah baik dan kesihatan semakin pulih.

Nurul Iffah berjaya tamat pengajian biarpun diuji penyakit SLE

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
09 Dec 2024 12:07pm

"Walaupun sakit, saya tetap mahu menamatkan pengajian dan bergraduasi bersama rakan-rakan,” kata Nurul Iffah Alias selepas Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-22 baru-baru ini.

Merupakan graduan Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), gadis muda berusia 23 tahun itu sebenarnya berdepan dengan ujian kesihatan yang serius.

"Saya disahkan menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) iaitu sejenis penyakit auto-imun yang menyerang darah dan sendi.

"Ia bermula Ogos 2023 di mana saya kerap demam berulang sehingga ada ketikanya langsung tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

"November 2023, keadaan bertambah buruk dan perlu saya dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” kongsinya.

Ketika berada di hospital, Nurul Iffah menerima sokongan luar biasa daripada rakan-rakan tersayang.

"Mereka banyak membantu saya menyiapkan tugasan dan memberi tunjuk ajar dalam pelajaran.

"Malah, selepas keluar PPUM, mereka jugalah meluangkan masa untuk berada di samping saya dan memberi kekuatan serta kata-kata semangat," katanya penuh syukur.

Kini, keadaan kesihatan Nurul Iffah semakin stabil dan ceria, namun dia masih perlu bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hayatnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp