Adham Hilmi
Pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, PUO, Adham Hilmi meninggal dunia
Warga Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak sekali lagi diselubungi kesedihan apabila salah seorang pelajar mereka baru sahaja meninggal dunia.
Adham Hilmi Amer Hafizi yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam ‘telah pergi’ sekali gus mengejutkan rakan-rakan dan pensyarah.
"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," catat admin Facebook PUO.
Dalam ruangan komen Facebook itu, rata-rata warga maya merakamkan ucapan takziah buat Allahyarham dan keluarga.
"Didoakan ahli keluarga arwah sabar dan reda dengan pemergiannya.
"Semoga setiap amalannya diterima oleh ALLAH. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripadaNya," titip warganet.