![Veveonah Mosibin yang dahulu pernah tular memanjat pokok demi melangsaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar.](https://www.sinarharian.com.my/sinarbestari/uploads/images/2025/02/10/3001485.png)
'Pendidikan ubah kehidupan saya' - Veveonah Mosibin
Pernah tular suatu ketika dahulu, sumandak kecil dari Pitas, Sabah ini sanggup memanjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian.
Kini, Veveonah Mosibin, 23, berjaya melangkah lebih jauh dalam bidang akademik yang diminati, sekaligus mengejar cita-citanya sebagai seorang doktor.
Gadis itu membuktikan bahawa pelajaran mampu mengubah kehidupan agar dapat memperbaiki taraf hidup, mencapai impian dan memberikan sumbangan semula kepada masyarakat.
Manakan tidak, semangat dan usaha gigihnya itulah yang berjaya membuatkan ramai pelajar tidak berputus asa bagi mencapai impian masing-masing.
Kejadian tular ini membuka mata ramai pihak bahawa pendidikan adalah kunci utama untuk memiliki masa hadapan lebih baik.
Sinar Bestari telah mendapatkan gadis ini yang kini sedang meneruskan pendidikan tinggi di Management and Science University (MSU) berkongsi tentang kehidupannya.
Jom kita!