Penganjur mengalu-alukan peserta mengemukakan hasil karya masing-masing sebelum 15 November depan. Sebarang maklumat lanjut, ikuti TSP di Facebook, Instagram @xmum_tsp serta laman web rasmi www.thestellarprize.com.
Penganjur mengalu-alukan peserta mengemukakan hasil karya masing-masing sebelum 15 November depan. Sebarang maklumat lanjut, ikuti TSP di Facebook, Instagram @xmum_tsp serta laman web rasmi www.thestellarprize.com.

The Stellar Prize beri peluang mahasiswa kongsi kemahiran dengan pakar industri

ROSHLAWATY MD RAIEH
16 Oct 2023 04:56pm
A
A
A

Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Xiamen Malaysia, Sepang, Selangor bakal menganjurkan anugerah tahunan dikenali The Stellar Prize (TSP) untuk mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) berhubung dan berkongsi kemahiran serta berinteraksi dengan pakar industri di seluruh negara.

Ketua Jabatan Pengajian Komunikasi Universiti Xiamen Malaysia, Profesor Madya Dr Wang Changsong berkata, interaksi bersama pakar industri ini bertujuan mendapatkan wawasan mengenai tuntutan praktikal syarikat tempatan dan antarabangsa.

Kata Wang Changsong, matlamat mereka mewujudkan platform komprehensif (TSP) itu bukan mengasah bakat individu sahaja tetapi ia juga merangkumi pelbagai kategori yang mencerminkan permintaan semasa industri.

“Anugerah Stellar mula dilancarkan pada 2018. Dalam lingkungan lima tahun, kami berbesar hati untuk memperluaskan pertandingan ini kepada penuntut dari pelbagai institut di seluruh Malaysia.

“Pada masa yang sama, ia memberikan peluang kepada peserta untuk memahami dengan sebenar keperluan praktikal dan harapan entiti korporat tempatan dan antarabangsa,” jelasnya kepada Sinar Bestari.

Menurut Wang Changsong, TSP tahun ini yang bertemakan Stellar Orbs bakal menampilkan empat kategori utama iaitu fotografi, videografi, desain serta penulisan dan penerbitan.

“Setiap kategori disediakan beberapa juri pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk penilaian.

“Antara juri-juri tersebut ialah Profesor Datuk Dr Abdul Razak Mohaideen, Kamaruddin Mape dan Mohamad Said Abdullah Thani,” ujarnya yang mengalu-alukan para peserta mengemukakan hasil karya mereka sebelum 15 November depan dan sebarang maklumat lanjut, ikuti TSP di Facebook, Instagram @xmum_tsp serta laman web rasmi www.thestellarprize.com.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penasihat The Stellar Prize, Datin Dr Ghazila berkata, anugerah berprestij seperti ini adalah untuk mencari bakat-bakat tersembunyi dan mencungkil kreativiti mahasiswa di IPT.

“Insya-ALLAH, sambutan kepada TSP akan diadakan pada 15 Disember 2023 di Dewan Auditorium Universiti Xiamen Malaysia, bertujuan menghormati semua peserta dan pemenang anugerah tersebut.

"Justeru, kepada seluruh penuntut di negara ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyertai TSP Kali Ke-6 ini," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok