Tun Musa menyandang jawatan itu untuk tempoh bermula 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2028.
Tun Musa menyandang jawatan itu untuk tempoh bermula 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2028.

Tun Musa Canselor UMS Keempat

03 Nov 2025 10:36am

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menerima Watikah Pelantikan sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Keempat dalam satu majlis berlangsung di Istana Seri Kinabalu. 

Watikah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu, disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Ini menyaksikan Tun Musa menyandang jawatan itu untuk tempoh bermula 1 Oktober 2025 hingga 31 Disember 2028.

Zambry ketika membacakan watikah pengisytiharan pada majlis itu berkata, berdasarkan Subseksyen 10(1) Perlembagaan UMS, Canselor hendaklah menjadi ketua universiti.

"Canselor (juga) hendaklah mempengerusikan mana-mana konvokesyen universiti," katanya.

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Kasim Mansor.

Menurut maklumat media disediakan UMS, pelantikan Tun Musa, 73, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu amat signifikan, dalam mengukuhkan hubungan erat antara kepimpinan negeri Sabah dan dunia akademik.

"Ia juga mengangkat imej UMS sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi Malaysia Timur, selain memperkasakan rangkaian kerjasama antara universiti, kerajaan dan industri," menurut maklumat UMS itu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Tun Musa juga menjadi inspirasi kepada warga UMS untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Selain Ketua Menteri, Tun Musa juga pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri Kewangan Sabah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Pro-Canselor UMS. - Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Tun Musa Aman dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Keempat
  • Pelantikan bermula 1 Okt 2025 hingga 31 Dis 2028
  • Pelantikan meningkatkan hubungan erat antara kepimpinan negeri Sabah dan dunia akademik
  • Tun Musa menjadi inspirasi kepada warga UMS
  • Tun Musa memegang pelbagai jawatan penting sebelum ini, termasuk Ketua Menteri Sabah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp