Sebahagian daripada graduan sulung FAIX sewaktu Majlis Konvokesyen UTeM ke-21.
Sebahagian daripada graduan sulung FAIX sewaktu Majlis Konvokesyen UTeM ke-21.

UTeM hasilkan graduan sulung Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber

17 Nov 2025 10:10am

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melakar sejarah apabila telah berjaya menghasilkan seramai 125 graduan sulung Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX) dalam Majlis Konvokesyen UTeM ke-21.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, penghasilan graduan sulung FAIX ini menjadi translasi keberhasilan graduan dalam bidang Kepintaran Buatan dan Keselamatan Siber buat dunia pendidikan tinggi dan negara.

Jelasnya, UTeM sentiasa komited dalam menzahirkan peranan besar bagi menerajui dan menjayakan aspirasi inisiatif baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menerusi FAIX.

"Peranan kami bukan hanya tertumpu dalam menjayakan inisiatif terbaharu TVET Negara dalam aspek akademik, penyelidikan dan inovasi dalam bidang Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber semata-mata malahan lebih dari itu.

No Image Caption

"UTeM turut menjadi tunjang Malaysia dalam menyediakan tenaga kerja profesional mahir dalam bidang ini berasaskan teknologi melalui pendekatan TVET yang komprehensif dan adaptif.

"Penubuhan FAIX turut memperkukuh kepentingan AI Gunaan (Applied AI) yang merentas pelbagai disiplin termasuk kejuruteraan, perniagaan, automasi dan sistem pintar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk info, seramai 62 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) dengan kepujian manakala 63 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan kepujian.

Mereka merupakan antara 3,278 graduan UTeM yang menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta ijazah Doktor Falsafah (PhD) masing-masing pada majlis yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. 

 

 

Ringkasan AI

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghasilkan 125 graduan sulung Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber dalam Majlis Konvokesyen ke-21
  • Graduan Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX) merupakan translasi keberhasilan UTeM dalam bidang tersebut
  • UTeM berperanan penting dalam menerajui dan menjayakan inisiatif baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara melalui FAIX
  • Penubuhan FAIX meningkatkan kepentingan AI Gunaan yang merangkumi pelbagai disiplin
  • Majlis konvokesyen tersebut turut dihadiri oleh Canselor UTeM, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp