Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform menjanjikan pelbagai pengalaman menarik kepada peserta yang menyertainya.
Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform menjanjikan pelbagai pengalaman menarik kepada peserta yang menyertainya.

80 pelajar uji ketahanan mental dan fizikal

ROSHLAWATY MD RAIEH
04 Dec 2023 09:16am
A
A
A

Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rawang, Rawang, Selangor mengikuti Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor baru-baru ini.

Kem yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu, bertujuan menguji jati diri dan ketahanan mental serta fizikal para peserta.

Penyelaras Pasukan Badan Beruniform SMK Rawang, Cikgu Md Faizal Zakaria berkata, peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat dibahagikan kepada 10 kumpulan bagi memastikan program lancar.

“Beberapa aktiviti yang menguji kemahiran dan kepakaran setiap pelajar disediakan kepada mereka dalam kem tersebut.

“Antaranya abseiling, flying fox, rentas halangan, jungle trekking dan kemahiran tali-temali,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

Cikgu Md Faizal berkata, perkhemahan kali ini lebih mencabar disebabkan hujan lebat semasa aktiviti sedang dijalankan.

Bagaimanapun katanya, program itu tetap berjalan dengan baik kerana semangat dan komitmen padu yang diberikan seluruh peserta.

Mengulas lanjut, Cikgu Md Faizal memberitahu, kira-kira enam jurulatih dari Kem Rimba Tamu dan 10 guru turut menyertai aktiviti itu sekali gus membantu menguruskan perkhemahan, berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan 80 pelajar.

Antara aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar.
Antara aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Focal Persons Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (KPPIBKS) Selangor, Muhammad Saufi Shafie sewaktu majlis penutup Perkhemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform tersebut menyifatkan penyertaan pelajar dalam perkhemahan sangat tepat dalam melatih mereka memperkasakan kekuatan dalam diri masing-masing.

“Untuk berjaya, kita perlu memiliki kekuatan jiwa, mental dan fizikal demi mencapai kejayaan serta kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum,” katanya.

Hadir sama ialah Pengetua SMK Rawang, Mohammad Isa Mat Jali; Penolong Kanan Kokurikulum, Wan Zaira Wan Zain dan beberapa wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok