No Image Caption

Adik tidak sabar masuk sekolah!

04 Mar 2024 10:46am
A
A
A

Berbaki seminggu sahaja lagi sesi persekolahan 2024/2025 bakal bermula.

Pastinya ada di antara ibu bapa, guru dan seluruh masyarakat disajikan dengan pelbagai telatah serta peristiwa mencuit hati terutama melibatkan murid yang baharu pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Tidak hanya itu, golongan ibu bapa juga pastinya sedang dalam pecutan terakhir menyiapkan kelengkapan barangan sekolah anak-anak sebelum sesi baharu yang dijadualkan bermula iaitu 10 dan 11 Mac ini.

Bersempena dengan pembukaan sesi baharu persekolahan ini, Sinar Bestari bawakan pendapat dan reaksi ibu bapa mengenai persiapan mereka membabitkan keperluan membeli kelengkapan persekolahan anak-anak terutama yang memasuki Tahun Satu.

Jom kita lihat!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok