No Image Caption

Bidang sains baharu jadi tarikan lepasan SPM

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
27 Jan 2025 10:32am

Pendidikan tinggi di Malaysia terus berkembang pesat dengan memperkenalkan bidang baharu dalam industri sains yang relevan dengan keperluan dunia moden.

Perubahan itu bukan sekadar memenuhi permintaan aliran, namun ia membentuk graduan yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara serta menyelesaikan isu global.

Bidang sains kesihatan gunaan yang diperkenalkan Taylor’s University memberi peluang kepada mahasiswa mendalami dan menerokai pelbagai cabang ilmu.

Subjek dalam bidang itu merangkumi pembelajaran mengenai genetik, embriologi, neurosains dan pemakanan.

Ia direka bagi memastikan pelajar dilengkapi kemahiran terkini dan pemahaman yang mendalam tentang kesihatan.

Oleh itu, Sinar Bestari berjaya mendapatkan ulasan daripada pelbagai pihak membabitkan kerelevanan bidang tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp