No Image Caption

Buli di IPT, alumni pertahan UPNM

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
18 Nov 2024 09:46am

Isu buli melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menjadi buah mulut ramai sejak akhir-akhir ini, apabila laporan melibatkan kes itu berlaku di sebuah universiti awam terkemuka negara.

Insiden ini bukan sahaja menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, malah lebih dahsyat lagi ia mengundang nama buruk institusi pengajian terbabit.

Seperti yang sedia maklum, buli adalah situasi yang melibatkan tingkah laku seseorang terhadap seorang lebih lemah dan untuk itu tidak sepatutnya tindakan menunding jari terhadap IPT dilakukan.

Bagi mengupas isu, Sinar Bestari mendapatkan komen beberapa alumni Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi mendengar sendiri pendapat mereka.

Jom kita ketahui penjelasan mereka...

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp